18 March 2012

KEJAYAAN HARI INI PERMULAAN BAGI KEJAYAAN YANG AKAN DATANG...

Itulah sebahagian ucapan Tuan Hj Sarkawi b. Hj Satu ...Mantan GB SK Peserai. Ucapan yang ringkas tapi penuh pengertian....
Kejayaan SK Peserai hari ini bermula untuk kejayaan kita SK Peserai pada masa akan datang....salam takzim kepada semua penjaga murid dan salam kemaafan untuk semua warga SKP....
Hj Sarkawi yang sentiasa sempoi dalam mengendalikan SKP tetapi penuh ilmu yang dicurahkan... Tahniah dan terima kasih. Semoga Tuan Haji juga sentiasa sihat, dilindungi Allah dan membawa SK Penghulu Salleh ke arah kecemerlangan....

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kami menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
InsyaAllah kita berjumpa lagi.....

Yang pasti kami sentiasa menanti dan menyokong kedatangan GB yang baru Tn Hj Md Khirom b. Abd Rahman untuk terus membawa kecemerlangan SKP.
Tahniah untuk kedua-duanya......


Membuat ucapan terakhir sebelum berpindah ke sekolah baru....


Bersama cikgu Ismail.... Cikgu Mail mesti rindu dgn Tn Haji Sarkawi kerana sentiasa menjadi gurauan semasa mesyuarat ....


Bersama GPK HEM dan GPK Pend Khas....


Tumpang semangkuk bergambar dengan orang besar2 ni.....


Cenderahati dari Tuan Hj Sarkawi kepada kami warga SKP.... Deco Umbrella.... cantikkkk .... Terima kasih tuan... InsyaAllah dari kami akan menyusul kemudian...

1 comment:

  1. Terima kasih kerana membuat catatan berkaitan saya. Teruskan memberi kerjasama dan sokongan padu kepada Tuan Haji Md Khirom bin Ab Rahman dalam menerajui SK Peserai.

    Teruskan menulis kerana ada ramai pembaca senyap berada diruang maya.

    MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete