13 March 2012

PERLU KE DILUAHKAN APA YANG DIRASA.....

Pernah rasa marah atau kecewa.... ? Selagi kita di namakan makhluk , selagi itulah rasa marah , gembira, suka, duka dan pelbagai rasa akan dirasai oleh kita....

Kadang kecewa yang amat hingga tidak tahu bagaimana hendak diluahkan......
Kadang marah keterlaluan hingga terasa sesak di dada...
Kadang gembira dirasa hingga mahu dikongsi dengan semua....
Kadang malu menimpa hingga terasa mahu disorokkan diri dari khalayak....
Kadang sedih bersangatan hingga menumpahkan air mata.....
Kadang sunyi dalam diri hingga ku mahu dirinya sentiasa di sisi....
Kadang terlalu suka hingga ku ingin bergelak ketawa.....
Kadang rasa disisihkan hingga ingin menundukkan muka serendahnya.....
Kadang rasa susahnya untuk berkata-kata kerana kurangnya ilmu di dada....

Sesekali ingin pulak ku meluahkan rasa hati.... ini memang betul punya....he he....

MasyaAllah lupa seketika.....
Aku ini cuma insan yang kerdil....makhluk Allah yang lemah.... Berbagai petunjuk jalan yang lurus pun sering lalai....Lupa agaknya dengan janji Allah....

Kita yang sentiasa mengingati Allah dengan berzikir akan hidup di sisiNya...
Allah akan dengar rintihan kita makhluknya....
Luahkan lah apa yang di rasa kepadaNya, kerana pasti akan ada balasanNya..... bersederhana lah dalam menangani pelbagai rasa tersebut....


Sesungguhnya setiap apa yang dirasa, sentiasalah rendahkan diri , kecilkan diri dan muhasabahkan diri kerana ia pasti dapat......

# Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dlm menghadapi apa jua situasi

# Menguatkan jiwa ketika hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain.

# Perlindungan daripada Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam sekiranya kita sentiasa berkasih sayang kerana Allah.

# Memperbaiki diri sekiranya sentiasa mengakui kelemahan diri sendiri dan bersangka baik dengan orang lain....

Alhamdulillah......kerana Allah masih memberi nikmat perasaan.....

No comments:

Post a Comment