23 December 2012

ALHAMDULILLAH ....

Alhamdulillah my kekanda dah selamat menjejakkan kami ke bumi Malaysia....Walau belum bertemu muka, tetapi sebaik menerima panggilan selepas keluar dari PIA hati merasa lega....

Seorang hamba Allah berkata " buat apa pergi Pakistan ....tak de tempat lain ke nak pergi....
Kan baik kalau kalau pergi Mekah buat umrah...".
Senang jer jawabnya , " beri lah sebuah senyuman seikhlas hati semoga dia mendapat hidayat "

Cuma dalam hati yang jahat ni berkata ( Ya Allah minta ampun Tuhan ) .....
Kalau ada staff yang pergi melancong ke Korea, China, Thailand , Dubai,  Indonesia or others lah kenapa tak tanya dengan soalan sedemikian.....Oh kerana mereka pergi untuk enjoy setelah penat bekerja...Yo lahhhh...

Pakistan bukanlah negara kaya , Pakistan bukanlah negara untuk shopping, Pakistan bukan lah negara yang macam Bali ada pantai yang indah....Tapi Pakistan adalah tempat untuk kita belajar2 mengamalkan sunnah, belajar2 hakikat iman, belajar2 mujahadah... kerana di sana penduduknya majoriti mengamalkan sunnah....
Tolong ingat semula 4 sifat nabi...Siddiq, Amanah, Tabliq dan Fathonah....Mohon sangat kalau tak suka jangan kutuk kerana seolah2 kita mengutuk sifat nabi, kerana kami sekeluarga memang sedang belajar2 untuk mengamalkan sunnah, belajar untuk mengamalkan apa yang nabi dan para sahabat juga sahabiah amalkan....Perkara yang baik bukan senang untuk dilakukan dan yang pasti tentangan nya sangat hebat....

Tentang umrah ke mekah... InsyaAllah dalam perancangan, semoga masa terdekat ini Allah limpahkan rezeki kerana diri ini tersangat rindu Haramain....

Untuk anak2, sayang semua kerana mereka amat memahami apa tugas abah mereka dan Alhamdulillah anak2 bujang juga sudah belajar2 untuk mengikut jejak abahnya, namun yang pasti pelajaran tidak dilupakan....

No comments:

Post a Comment