08 December 2012

APABILA WANITA MEROKOK....

Imbas semula....Sebulan yang lalu, semasa berjalan-jalan ke suatu tempat di Daerah Melaka...

Nak cerita apa ni Cik Meha...he he cerita tentang wanita yang merokok...
Kadang-kadang rasa pelik baik lelaki ataupun wanita merokok ni dianggapkan sebagai apa ye...
Kebanggaan , kepuasan, ego atau keperluan....he he keperluan ? keperluan apa ?
Entah lah ...Dulu-dulu semasa masih di alam persekolahan ada juga mengenali beberapa wanita yang menghisap rokok...tapi la ni macam tak pernah lah pulak....

Tapi berjumpa dengan mak cik ini memang memeranjatkan setelah lama tak menyaksikan di depan mata...Makcik ni tanpa malu-malu mengeluarkan rokok dari kotaknya dan menghisap di khalayak...
I yang terlebih peramah ni datanglah dekat dan menyapanya...
" Wah makcik  hisap rokok...berjenama lagi...Best ke hisap rokok ni makcik ".
Apa jawabnya " makcik dah hisap rokok dari zaman remaja lagi nak...tak boleh nak buang dah . Ada sekali makcik g Pulau Pangkor , anak cucu bawa makcik. Di sana makcik hisap rokok macam biasalah ...Lepas tu nak, ada sekumpulan " mat salleh " datang dekat makcik....Dia tunjuk pada makcik tanda ibu jari bagus. Dan Matsalleh tu kata " bery good " ......" bukan very good....
Ohhh My Allah.... terangkat ponggong I.... makcik ni biar betul, selamba jer...

" Makcik orang Islam tak boleh hisap rokok lah , haram hukumnya... "Kena cakap juga ni walaupun pada hakikatnya I know mesti orang tua ni lebih arif...
 Tau tak apa respon makcik nihhhh.... he he dia senyum sokmo....Pasti dia tak peduli apa yang I dok kata kat dia...MasyaAllah tolong hambamu ini...Berilah hidayat kepada Makcik ni... kerana bimbang2 ia tidak sempat bertaubat sebelum ajal menjemput tiba....

Sebelum balik , I bertanya makcik tu..." Makcik boleh saya ambil gambar makcik ?".... " Boleh ehhh....". Tapi maaf gambar memang tak masukkan dalam N3 ini , kerana dosa mengaibkan sesama makhluk malahan ia merupakan seorang wanita...( istighfar...) Mana lah tahu sekembalinya dari bertemu dengan I, makcik tu bertaubat....Maha suci Allah...

No comments:

Post a Comment