25 November 2013

CEMAS...


Hari ni memang sangat mencemaskan.... MasyaAllah bukan sedikit punya cemas...Inilah padahnya kalau tak pernah keluarkan duit di bank... selalu mengharapkan pada kekanda darling n anak-anak sahaja...

Lebih kurang pukul 10 keluar ke bandar BP untuk ke bank - keluarkan duit untuk buat pembayaran apa-apa yang patut - maklumlah hari ni kan hari gaji bagi kakitangan awam setelah hampir 50 hari tarikh yang lalu. selalu bab-bab keluar mengeluar ni en kekanda lah. Memandangkan  en kekanda dakwahtuillallah maka keluar lah dengan anak bujang.

Dalam perjalanan ke bandar BP singgah dulu ke stesyen minyak Petronas. Nak isi minyak dan keluarkan duit di ATM di dalam tuh. Di dalam tu ada dua mesin ATM . Terus tuju yang hanya seorang pengguna. Keluarkan RM 1500. Tunggu hingga proses selesai tak pulak keluar duit tu. Tapi keluar resit. Tengok sekali lalu jer, terus ke mesin ATM bank yang satu lagi.
Keluarkan RM 1000 cukuplah rasanya sebab tadi nak keluarkan RM 1500 tak boleh. Ehhh ok pulak boleh keluar RM 1000 tu. Terus bergerak AEONBIG untu ke Celcom Cube sebab internet en kekanda ada masalah. Selesai urusan terus ke ATM MB didalam AEONBIG tu utk keluarkan lagi RM500. Memang tujuan asal tadi nak keluarkan sebanyak itu. Setelah selesai , belek lah resit tu....

Ehhh duit susut RM 1500 dari baki asal, ini bermakna pengeluaran pertama menggunakan ATM BR itu adalah betul dan ada duit dikeluarkan cuma tak dapa duitnya.
Wahhh dah cemas RM 1500 tuh... banyakkkk. kemana duit tu... sayang! macam2 boleh guna dengan duit sebanyak itu. Maklumlah kita ni bukan orang banyak duit, syukur dan serba sederhana sahaja.

Tak boleh jadi nih... call en kekanda tanya apa nak buat. Call juga my bestfriend minta cadangan. Kedua2 nya suruh kak meha ke bank MB dan buat report.

Alhamdulillah di kaunter pertanyaan tu adalah bekas anak murid SKP. Semuanya mudah...Syukur. Belum habis lagi kena masuk dalam pulak tuk jumpa pegawai atasan. baik lah pegawai tu sangat mesra pelanggan walaupun lelaki. Alhamdulilllah selesai urusan. Tunggu 2 atau 3 hari untuk semak di bank.
Doalah banyak-banyak supaya duit yang ghaib tu akan masuk semula ke dalam akaun.

Kesimpulannya sebelum keluarkan duit dari mana2 mesin ATM semak dulu baki kita dan kalau ATM di kiosk2 perniagaan janganlah keluarkan banyak sangat, setakat seratus dua tu boleh lah...Lebih baik kalau keluar di dalam bank yang betul. Berlaku macam kak meha tadi senang nak argue....
Berharap pada Allah agar semuanya akan jadi baik-baik belaka dan semua mengembirakan. InsyaAllah.




No comments:

Post a Comment