1. Ketika suami sedang bercakap, dengarlah dengan baik, diam dan tidak memotong percakapannya.
2. Sikap suami hendaklah diterima dengan syukur, tidak menjawab apabila dimarahi dan bersabar ketika hati disakiti kerana kadang-kadang dia sengaja hendak menguji kita.
3. Cepat bertindak ketika suami berhajat sesuatu sekalipun sedang letih. Tegasnya, taat kepada kehendak suami kecuali kehendak yang melanggar syariat.
4. Memenuhi keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada anak-anak. Jika diizinkan bolehlah mendahulukan kehendak anak-anak atau orang lain.
5. Ketika berhadapan dengan suami, eloklah sentiasa berhias diri, bersihkan mulut, berwangi-wangian (di dalam rumah) dan berwajah manis.
6. Memuliakan ibubapa dan keluarga suami dan menghormati ibubapanya.
7. Menjaga ketenteraman hati suami, membantu menyelesaikan masalah suami atau sekurang-kurangnya tunjukkan gembira dan simpati apabila perlu.
8. Menjaga harta suami dengan baik dan tidak mengkhianatinya, menjaga kebersihan dan kekemasan rumah, menyediakan peralatan mandi dan pakaian sebelum suami ke bilik air.
9. Mesti sama-sama merasai perasaan suami, suka kalau ia suka dan berduka kalau ia duka. Bergurau kalau ia bergurau, tenang kalau ia tenang dan terhibur tatkala menerima pemberian suami dan tidak memperkecilkannya. Tegasnya dapat menyelami perasaan suami dan sanggup berkorban demi kesenangan suami.
10. Memelihara maruah suami.
11. Memahami suami, jia dia pemimpin bantu dia dengan mengambil tahu hal kebajikan anak-anak buahnya. Jika dia guru kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu. Hendaklah kita bersedia dengan apa sahaja keadaan, kedudukan atau perbuatannya.
12. Sentiasa mendoakan suami dan tidak menyusahkan suami dengan kehendak peribadi. Sentiasa berakhlak baik dengan suami, tidak bergaduh di depan anak-anak. Hendaklah membela suami atau keluarga suami jika terfitnah walaupun hati sendiri yang terluka.
13. Pastikan niat kita melayan suami semata-mata mengharapkan akan keredhaan Allah swt, semoga suami kuat beribadah, berjuang bersungguh-sungguh pada jalan Allah swt agar terjalin kasih sayang kerana Allah swt.
14. Hendaklah isteri sentiasa bersikap malu terhadap suami.
15. Memelihara kehormatan ketika suami tiada di rumah.
16. Merasa cukup dengan apa yang ada (qanaah).
17. Selalu bersikap belas kasihan serta hotmat pada suami dan sentiasa berasa diri kita yang bersalah.
18. Merasakan suami mempunyai kelebihan. Antara sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
"Allah swt membenci seorang isteri yang tidak kasih pada suaminya, sedangkan ia memang memerlukan suaminya"
"Mana-mana isteri yang keluar rumah tanpa izin dari suaminya, tetaplah dia dalam kemurkaan Allah swt sehinggalah ia kembali atau suaminya redha kepadanya"
"Apabila seseorang wanita itu tetap bersolat lima kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mematuhi suaminya maka dapatlah dia memasuki syurga"
"Allah swt membenci seorang isteri yang tidak kasih pada suaminya, sedangkan ia memang memerlukan suaminya"
"Mana-mana isteri yang keluar rumah tanpa izin dari suaminya, tetaplah dia dalam kemurkaan Allah swt sehinggalah ia kembali atau suaminya redha kepadanya"
"Apabila seseorang wanita itu tetap bersolat lima kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mematuhi suaminya maka dapatlah dia memasuki syurga"
No comments:
Post a Comment