Rindunya dengan info ilmiah.... lama tak tulis N3 baru tentang ilmiah, memang rindu sungguh...
MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN
3. Menghalang Penyakit.
4. Membebaskan racun daripada Badan
Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bermakna membiarkan racun tumbuh secara perlahan-lahan dari tubuh badan. Secara fitrahnya perempuan lebih banyak menangis berbanding lelaki, maka secara umumnya perempuan lebih banyak membebaskan racun dari tubuh badan, maka dikatakan bahawa sebab itu umur perempuan lebih panjang dari lelaki.Saintis dan pakar mata mengatakan bahawa air mata mengandungi sejumlah peratusan racun yang yang hanya dapat dikeluarkan melalui tangisan.
5. Air Mata Mengandungi 25 % Protien.
MENANGIS JUGA MERUPAKAN TERAPI SYARIE
Menangis adalah suatu terapi syari'e. Menurut tajuk sebuah buku.
Dalam menghadapi kehidupan, begitu banyak dugaan yang perlu diatasi. Dengan iman dan taqwa, kita menjadi manusia yang terselamat. Peningkatan usia seiring dengan perubahan tahap kehidupan kita,mungkin pada suatu masa dahulu kita agak selesa dengan keadaan hidup yang damai dan aman dari sebarang kekacauan. Secara tiba-tiba ujian demi ujian menghimpit, meninggalkan ruang sempit untuk kita bersenang-senang, sehinggakan hati sentiasa gundah memikirkan jalan keluar. Perasaannya adalah umpama saat kita sedang leka bermandi manda dalam suasana air yang tenang namun berombak ganas secara tiba2. Cemas, risau, berdebar, takut datang bercampur baur.
Dugaan tetap akan datang menguji setiap insan yang mengaku beriman kepada Nya. Hikmahnya untuk mengekalkan kita supaya sentiasa mengingati Nya. Bagaimana kita berusaha menepati kehendak syariatnya. Walau terkadang ujian yang tiba benar2 menggugah perasaan hati, membuatkan kita keletihan mencari jalan keluar, mengumpul kekuatan untuk tabah menghadapinya.
Menangislah...
merintih keampunan dan pengharapan kepada Nya. Mengadu segala kelemahan yang ada. Memuji dengan takzim atas segala sifat Kebesaran Nya. Merayulah dengan hatimu, berdoalah dengan ikhlas supaya hati damai setelah bermanja dengan Nya. Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.
Allah merindukan suara kita, yang bermunajat, mendamba untuk bercinta dengan Nya. Siapakah kita tanpa izin kekuatan dari Nya? Hatta mata yang berkelip pun adalah atas kekuasaan Nya. dan hanya kepada dia sebaik-baik tempat kembali.
No comments:
Post a Comment