Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Orang yang paling menyesal (berdukacita) pada hari Kiamat ialah orang yang ada peluang menuntut ilmu di dunia, tetapi dia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan orang yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan dia sendiri tidak mendapat apa-apa.(Riwayat Ibnu As-Sakir dari Anas r.a.)”
Dalam hadith ini diterangkan tentang 2 orang yang paling menyesal dan berdukacita pada hari Kiamat.
1. Orang yang mempunyai peluang dan kesempatan untuk belajar tetapi tidak belajar.
Pada hari Kiamat Allah akan tanya “kenapa tidak belajar?”. Sekurang-kurangnya kalau kita melakukan sesuatu yang tidak betul, kita dimaafkan kerana masih belajar. Ambillah kesempatan untuk belajar dan ilmu tidak habis untuk dipelajari.
2. Orang yang diberi ilmu, orang lain mendapat faedah daripada ilmunya tetapi dia sendiri tidak mengambil faedah daripada ilmunya.
Janganlah jadi seperti lilin yang hanya membakar dirinya untuk orang lain, tanpa sebarang faedah kepadanya. Sama-samalah mencerahkan diri sendiri dan orang lain dan belajarlah untuk diamalkan
No comments:
Post a Comment