27 June 2010

LAGI TENTANG KUKU



Menanam Potongan Kuku

Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam, termasuklah anggota badanya. Kuku yang dipotong, sunat ditanam dalam tanah sebagai tanda hormat kerana ia adalah anggota manusia.

Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas dan Junub

Kitan al-Ihya’ ada menyatakan bahawa jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum mandi junub. Ini kerana potongan itu akan kembali kepadanya dengan keadaan junub


Menyimpan kuku

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

ADAB BERHADAPAN DENGAN SUAMI



1. Ketika suami sedang bercakap, dengarlah dengan baik, diam dan tidak memotong percakapannya.

2. Sikap suami hendaklah diterima dengan syukur, tidak menjawab apabila dimarahi dan bersabar ketika hati disakiti kerana kadang-kadang dia sengaja hendak menguji kita.


3. Cepat bertindak ketika suami berhajat sesuatu sekalipun sedang letih. Tegasnya, taat kepada kehendak suami kecuali kehendak yang melanggar syariat.

4. Memenuhi keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada anak-anak. Jika diizinkan bolehlah mendahulukan kehendak anak-anak atau orang lain.


5. Ketika berhadapan dengan suami, eloklah sentiasa berhias diri, bersihkan mulut, berwangi-wangian (di dalam rumah) dan berwajah manis.


6. Memuliakan ibubapa dan keluarga suami dan menghormati ibubapanya.


7. Menjaga ketenteraman hati suami, membantu menyelesaikan masalah suami atau sekurang-kurangnya tunjukkan gembira dan simpati apabila perlu.


8. Menjaga harta suami dengan baik dan tidak mengkhianatinya, menjaga kebersihan dan kekemasan rumah, menyediakan peralatan mandi dan pakaian sebelum suami ke bilik air.


9. Mesti sama-sama merasai perasaan suami, suka kalau ia suka dan berduka kalau ia duka. Bergurau kalau ia bergurau, tenang kalau ia tenang dan terhibur tatkala menerima pemberian suami dan tidak memperkecilkannya. Tegasnya dapat menyelami perasaan suami dan sanggup berkorban demi kesenangan suami.


10. Memelihara maruah suami.


11. Memahami suami, jia dia pemimpin bantu dia dengan mengambil tahu hal kebajikan anak-anak buahnya. Jika dia guru kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu. Hendaklah kita bersedia dengan apa sahaja keadaan, kedudukan atau perbuatannya.


12. Sentiasa mendoakan suami dan tidak menyusahkan suami dengan kehendak peribadi. Sentiasa berakhlak baik dengan suami, tidak bergaduh di depan anak-anak. Hendaklah membela suami atau keluarga suami jika terfitnah walaupun hati sendiri yang terluka.


13. Pastikan niat kita melayan suami semata-mata mengharapkan akan keredhaan Allah swt, semoga suami kuat beribadah, berjuang bersungguh-sungguh pada jalan Allah swt agar terjalin kasih sayang kerana Allah swt.


14. Hendaklah isteri sentiasa bersikap malu terhadap suami.


15. Memelihara kehormatan ketika suami tiada di rumah.


16. Merasa cukup dengan apa yang ada (qanaah).


17. Selalu bersikap belas kasihan serta hotmat pada suami dan sentiasa berasa diri kita yang bersalah.


18. Merasakan suami mempunyai kelebihan. Antara sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
"Allah swt membenci seorang isteri yang tidak kasih pada suaminya, sedangkan ia memang memerlukan suaminya"

"Mana-mana isteri yang keluar rumah tanpa izin dari suaminya, tetaplah dia dalam kemurkaan Allah swt sehinggalah ia kembali atau suaminya redha kepadanya"

"Apabila seseorang wanita itu tetap bersolat lima kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mematuhi suaminya maka dapatlah dia memasuki syurga"


10 KEBIASAAN BURUK YANG MEROSAKKAN OTAK






Tidak sarapan pagi



Orang yang tidak sarapan pagi kandungan gula darahnya jadi rendah. Ini mengakibatkan kandungan nutrien ke otak yang menyebabkan kurangnya fungsi otak.


Terlalu banyak makan
Terlalu banyak makan mengakibatkan pengerasan saluran darah di otak, yang selanjutnya mengakibatkan menurunnya daya fikir.


Merokok
Merokok mengakibatkan otak mengecil dan ini boleh menyebabkan penyakit Alzheimer.


Mengambil gula yang berlebihan
Mengambil kandungan gula yang terlalu banyak menyebabkan menurunnya daya serap protien dan nutrien penting sehingga menyebabkan kita menderita kekurangan gizi makanan yang mengganggu pertumbuhan otak.


Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar di tubuh kita. Menghirup udara tercemar akan mengurangkan aliran oksigen ke otak, sehingga kerja otak kurang effisien.


Kurang tidur
Tidur memberi kesempatan otak kita untuk berehat. Kurang tidur secara terus menerus dalam waktu lama akan mempercepat kematian sel-sel otak.


Tidur menutup kepala
Tidur dengan kepala ditutup meningkatkan kandungan karbon dioksida dan mengurangkan kandungan oksigen dan ini akan membantu merosakkan otak.


Banyak berfikir waktu sakit
Bekerja keras atau belajar waktu sakit akan mengurangkan efektif otak dan juga merosakkan otak.


Tiada ransangan terhadap otak untuk berfikir.
Berfikir adalah cara terbaik melatih otak. Kalau otak dibiarkan tanpa rangsangan untuk berfikir lama kelamaan otak akan mengecil.


Jarang berbicara
Pembicaraan bermutu akan meningkatkan keberkesanan otak

22 June 2010

MUTIARA KATA





Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci,
Lidahnya selalu basah dengan Zikrullah,
Matanya menangis kerana penyesalan ( terhadap dosa ),
Sabar terhadap perkara yang dihadapi dan mengutamakan Akhirat berbanding Dunia.

21 June 2010

DURIAN OH DURIAN

Melayan anakku Haziq yang sibuk sangat nak durian, so abahnya belilah RM 30 di Parit Sulong. Berbaloi sungguh...memang sangat enak .... pahit dan lemak...


Akibatnya si Haziq tak makan.... kenapa? Pahit.... Kita pulak orang tua nak yang pahit , baru kaw kaw kononnya.... Bila nampak durian, menangis-nangis nak kannya.... Tapi tak makan.... kenyanglah si abang dan kakak...
Nampaknya kena belikan lagilah yang tak pahit pulak...Kalau tidak merengek tak sudah....






20 June 2010

SELAMAT HARI BAPA

SELAMAT HARI BAPA UNTUK MU SUAMI, TERIMA KASIH KERANA MENJADI SUAMI PENEMAN HIDUPKU, BAPA KEPADA ANAK-ANAK KITA... SEMUGA HIDUP KITA AKAN DIBERKATI , DI DALAM LINDUNGAN ALLAH DAN MEMBENTUK ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH.........TERIMA KASIH KEPADAMU YA ALLAH...








Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani aku semasa aku masih kecil.

Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya : *Apabila seorang manusia mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, anak soleh yang mendoakan untuknya. (HR Muslim)



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.a. Rasulullah s.a.w.bersabda yang maksudnya : *Sesungguhnya seseorang itu diangkat darjatnya di dalam syurga, lalu dia berkata: *Dari manakah semua ini?* Maka dikatakan kepadanya: Dari anakmu yang memintakan ampun untukmu. (HR Ibnu Majah)

*

19 June 2010

SENTUHANKU....


Alhamdulillah kesibukan minggu ni dah selesai.... memang sibuk sungguh... ya lah bermula 12 Jun , majlis pertunangan adikku ely...ahad 13 ada beberapa jemputan yang perlu di tunaikan haknya.Sambung dengan kelas tambahan 2 hari dan kursus thinkquest... Persiapan majlis Pertunangan anak Kak Mai kakak angkat ku....


Dah lama tak lembutkan tangan untuk membuat gubahan hantaran.... tapi menunaikan hajat Kak mai buat juga.... Ini lah sebahagiannya.


Pasangan bahagia Kak Mai dan Abg Jamal...







Posing-posing majlis tersebut.....









Anak dara comel Kak Mai , Ain.........






Sahabat yang ku temui bersama PRM Zarina.....


Juga watie...junior ku di SMDO dulu...



Kawan2 ku bersama Kak Mai...

ALHAMDULILLAH.... KERANA NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN ...



Alhamdulillah Syukur kepadamu Ya Allah, Terima kasih kepadamu Ya Allah kerana Ku suami isteri menerima panggilan untuk ke RumahMu Ya Allah.....( BaitulHaram)
Alhamdulillah, Alhamdullilah..... kegembiraan yang tak terungkapkan dengan kata-kata....

Ya Allah berilah Ku, Suamiku dan kedua ibu bapaku laluan yang mudah untuk
menunaikan ibadat Mu....

17 June 2010

CATATAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ,
" Allah berfirman, Jika hamba-Ku berniat melakukan keburukan, jangan kalian ( para malaikat) catat kesalahannya hingga ia melakukannya. Jika ia telah melakukannya, tulislah dengan semisalnya. Jika ia meninggalakannya kerana-Ku, tulislah untuknya satu kebaikan.
Jika ia nerniat melakukan kebaikan dan belum melakukannya,tulislah untuknya satu kebaikan.jika telah melakukannya, tulislah untuknya (ganjaran) sepuluh kali ganda hingga 700 kali ganda."
( Riwayat al Bukhari, no 6126 dan Muslim ni 131 )

13 June 2010

MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN



Rindunya dengan info ilmiah.... lama tak tulis N3 baru tentang ilmiah, memang rindu sungguh...



MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN

1. Menyahkan Zat Berbahaya Dari Tubuh Badan .

Menangis merupakan kaedah semulajadi untuk mengeluarkan zat-zat kimia yang berbahaya
daripada tubuh manusia. Zat kimia ini dihasilkan oleh tubuh ketika ketakutan.


2. Meningkatkan Kadar Degupan Jantung.

Menangis boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang
berguna bagi rongga badan,urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. selepas menangis kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.


3. Menghalang Penyakit.

Menurut kajian Universiti Temple Amerika Syarikat, orang yang mengidap penyakit mengatakan menangis merupakan lemah peribadi, tetapi bagi yang sihat pula menangis sangat baik pada dan tindakan semulajadi menghadapi ketahanan penyakit.

4. Membebaskan racun daripada Badan

Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bermakna membiarkan racun tumbuh secara perlahan-lahan dari tubuh badan. Secara fitrahnya perempuan lebih banyak menangis berbanding lelaki, maka secara umumnya perempuan lebih banyak membebaskan racun dari tubuh badan, maka dikatakan bahawa sebab itu umur perempuan lebih panjang dari lelaki.Saintis dan pakar mata mengatakan bahawa air mata mengandungi sejumlah peratusan racun yang yang hanya dapat dikeluarkan melalui tangisan.

5. Air Mata Mengandungi 25 % Protien.

Kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25 % dan satu bahagian aripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia.


MENANGIS JUGA MERUPAKAN TERAPI SYARIE


Menangis adalah suatu terapi syari'e. Menurut tajuk sebuah buku.

Dalam menghadapi kehidupan, begitu banyak dugaan yang perlu diatasi. Dengan iman dan taqwa, kita menjadi manusia yang terselamat. Peningkatan usia seiring dengan perubahan tahap kehidupan kita,mungkin pada suatu masa dahulu kita agak selesa dengan keadaan hidup yang damai dan aman dari sebarang kekacauan. Secara tiba-tiba ujian demi ujian menghimpit, meninggalkan ruang sempit untuk kita bersenang-senang, sehinggakan hati sentiasa gundah memikirkan jalan keluar. Perasaannya adalah umpama saat kita sedang leka bermandi manda dalam suasana air yang tenang namun berombak ganas secara tiba2. Cemas, risau, berdebar, takut datang bercampur baur.

Dugaan tetap akan datang menguji setiap insan yang mengaku beriman kepada Nya. Hikmahnya untuk mengekalkan kita supaya sentiasa mengingati Nya. Bagaimana kita berusaha menepati kehendak syariatnya. Walau terkadang ujian yang tiba benar2 menggugah perasaan hati, membuatkan kita keletihan mencari jalan keluar, mengumpul kekuatan untuk tabah menghadapinya.

Menangislah...
merintih keampunan dan pengharapan kepada Nya. Mengadu segala kelemahan yang ada. Memuji dengan takzim atas segala sifat Kebesaran Nya. Merayulah dengan hatimu, berdoalah dengan ikhlas supaya hati damai setelah bermanja dengan Nya. Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.

Allah merindukan suara kita, yang bermunajat, mendamba untuk bercinta dengan Nya. Siapakah kita tanpa izin kekuatan dari Nya? Hatta mata yang berkelip pun adalah atas kekuasaan Nya. dan hanya kepada dia sebaik-baik tempat kembali.





10 June 2010

TAHNIAH , SELAMAT BERTUNANG....



Majlis menyarung cincin




Sebahagian tetamu yang hadir




Sempat posing dgn bakal sedara... huh org lelaki tu apa yang dibincangkan...




Emak, dan adikku Yana dan Ely... sian sih Ku tertinggal dengan si "bontot" Biha...
ngelat depa ni gambar tak panggil orang hu hu...



Gambar 3 generasi... Atok perempuan, emak ,makcik dan Ku




He he tak bermekap lagi ori... mekap entah apa2 mak andam tu.... sabor jer...

Sirih junjung dari kedua pihak... yang sempoi tu, hasil tanganku...
yang istimewanya bunga atas tu, pinang , sirih dan gambir yang digubah menjadi bunga...

Syukur majlis merisik yang dijalankan beberapa bulan lalu, dan rancangan bertunang yang dirancang telah selamat disempurnakan dengan lancar... Syukur .... Dengan majlis ini maka dengan rasminya adikku Ely sudah menjadi tunangan orang....

Majlis sederahana tetapi meriah...
Rombongan dari pihak lelaki lebih kurang 30 orang...Majlis telah disempurnakan pada hari Sabtu 12 hb Jun 2010.

DUA ORANG YANG PALING MENYESAL....




Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Orang yang paling menyesal (berdukacita) pada hari Kiamat ialah orang yang ada peluang menuntut ilmu di dunia, tetapi dia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan orang yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan dia sendiri tidak mendapat apa-apa.(Riwayat Ibnu As-Sakir dari Anas r.a.)”

Dalam hadith ini diterangkan tentang 2 orang yang paling menyesal dan berdukacita pada hari Kiamat.

1. Orang yang mempunyai peluang dan kesempatan untuk belajar tetapi tidak belajar.

Pada hari Kiamat Allah akan tanya “kenapa tidak belajar?”. Sekurang-kurangnya kalau kita melakukan sesuatu yang tidak betul, kita dimaafkan kerana masih belajar. Ambillah kesempatan untuk belajar dan ilmu tidak habis untuk dipelajari.

2. Orang yang diberi ilmu, orang lain mendapat faedah daripada ilmunya tetapi dia sendiri tidak mengambil faedah daripada ilmunya.

Janganlah jadi seperti lilin yang hanya membakar dirinya untuk orang lain, tanpa sebarang faedah kepadanya. Sama-samalah mencerahkan diri sendiri dan orang lain dan belajarlah untuk diamalkan

BERSANTAI DI WET WORLD




Ini lah rombongan kami....terima kasih dengan cenderahati yang diberi...





Posing lagi.....



Dua menantu Haji Sairan.... apa yang dibincangkan agaknya....






Semuga kebahagiaan berkekalan.... bukan senang nak suruh hubby posing.....


Anak2 santai bermain air...




Ibu pun tak lepaskan peluang... Hu hu pelik tapi benar... sang reptilia menunjukkan dirinya...



Anak2 bujang dan anak dara Ku...


Tak berjalan lagi rasanya cuti ni.... ekonomi dan masa tak mengizinkan . Kebetulan Sekolah hubby dapat jemputan ke Wet World sempena Pameran Pelik Tapi Benar ( Believe it or not !)


Jadi Ku dan anak2 tumpang semangkuk lah orang kata.... maklumlah masuk free... Terima kasih lah kepada pihak Wet World and Cik Nasir..


Uhhh... memang enjoy lah anak2... maklumlah dah lama tak ke pantai...

HARI JADI HUZAIFAH....











07 June 2010

PTK DATANG LAGI...






Esok Peperiksaan PTK untuk DGA 32.... weh weh PTK datang lagi.... Selamat menjawab soalan untuk semua yang akan mengambil PTK.... Dulu kertas umum sekarang kertas Generik.