28 October 2011

CERITA TENTANG LALANG......

Kita semua pasti tahu dengan sifat Lalang, boleh dikatakan Lalang mempunyai 5 sifat.
1. Lalang Tetap Kukuh Pada Dasarnya
2. Lalang Mudah Melentuk Namun Tetap Berpaksi Pada Dasarnya
3. Lalang Amat Sukar Dimusnahkan
4. Lalang Mudah Dan Cepat Berkembang
5. Lalang Mampu Memberi Pengaruh Kepada Manusia.

Tapi yang paling nyata tentang sifat Lalang ialah ianya melentuk ke sana ke sini apabila ditiup angin begitu juga manusia. Kita perlu memiliki jati diri yang tidak mudah melentuk umpama lalang . Sifat ini juga terdapat disegelintir manusia. Iaitu sikap yang tidak mempunyai pendirian dalam hidup dan mudah dipengaruhi.

Jika disogok dengan sesuatu cerita yang entah sahih atau tidak maka diterima cerita itu secara membabi buta tanpa usul periksa dan tanpa mendengar cerita di pihak yg lain.
begitulah kaitan antara manusia dan lalang, mempunyai sifat yg mudah dipengaruhi….


Mudah DiPerguna dan diPengaruhi
Biasanya golongan Lalang ini mudah untuk diperguna.
Dipergunakan untuk sesuatu tujuan bagi kepentingan sesetngah golongan..
Bagi mempengaruhi individu Lalang ini bukanlah suatu perkara yg susah, hanya disogok dengan bermacam cerita yang direka maka indivdu yg bersifat lalang ini akan mempercayai apa yang telah dikatakan.Dan sudah semestinya golongan yang mereka cerita ini mempnyai sifat yang bermuka-muka.Maka golongan ini harus kita hindari...


Lalang tetap Kuat
Walaupun kita tahu lalang ini mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling, tetapi ianya tetap mempunyai satu kekuatan dalam sifatnya…iaitu mempunyai dasar yg kukuh…Walau kuat mana pun angin yang bertiup, lalang tadi tidak akan mudah tercabut dari dasarnya….Begitu jugalah dengan orang yang bersifat lalang ini. Sebenarya masih mempunyai harapan untuk diperbetulkan ...baru dasar itu dapat mengimbangi kekurangan yang ada…..


Lalang Boleh Ditegakkan?
Boleh kah lalang ini berdiri tegak dengan megah walaupun ditiup angin yang kencang? Masa kan boleh. sedangkan pokok pun sekiranya ditiup angin akan bergoyang jua…

Tetapi manusia pasti boleh untuk tidak bersifat seperti lalang….Namun ia mestilah dengan bimbingan mereka yang tidak mempunyai sesuatu kepentingan dalam membuat keputusan . Yang pasti amat sukar untuk menuju kearah itu….Setiap perbuatan pasti ada tujuan yang tertentu….Mereka yang bersifat lalang ini perlu kembali kepada dasar yang kukuh , yang tidak mudah goyah walau apa jua rintangan yang datang..


LALANG DICIPTAKAN SUPAYA KITA MEMIKIRKAN TENTANG KEKUATAN YANG DIMILIKINYA BUKAN SEBALIKNYA…..BERUSAHALAH AGAR KITA MENJADI KUAT PADA DASARNYA SEPERTI LALANG NAMUN TIDAK SENTIASA BERGOYANG KE KIRI DAN KE KANAN APABILA DTIUP ANGIN…KITA JUGA HARUS BERDOA SUPAYA KITA DISAYANGI SESAMA MAKHLUK JUGA MENDAPAT KEREDHAAN DAN RAHMAT ALLAH…..

Mungkin ada yang pelik kenapa N3 kali tentang LALANG….. kerana ia unik dan ada peribahasa yang berbunyi UMPAMA LALANG….Entah mengapa tiba-tiba ingin menulis tantang LALANG…yang penting Rasa Di Hati Tiada Siapa Yang Tahu….

InsyaAllah di masa akan datang akan ku tuliskan tentang sifat positif lalang pula….

No comments:

Post a Comment