01 October 2011

PAKAIAN WANITA MASA KINI.....






Hari menghadiri majlis perkahwinan seorang jiran... Kebetulan semasa Ku pergi adalah waktu puncak lebih kurang pukul 1.00 p.m... Tengah hari zuhur gitu... Sangka kan waktu tengah hari tentulah tak ramai kerana tentu ramai orang lelaki untuk berjemaah, tapi rupanya tidak...
Pada waktu itu juga adalah waktu pengantin bersanding... silap besar sebenarnya pergi waktu ini... Nak cari tempat duduk pun , tuh diaaa .... lama juga tunggu...

Jadi sempatlah menjamu mata, bertanya khabar dengan jiran2 yang kebetulan "rewang" membantu majlis.... Dalam pada tu merasa pelik juga dengan pakaian kaum sejenis ku... Kebanyakan memakai pakaian fesyen masa kini yang jarang-jarang belaka... kena pakai lapis dalam - inner... Dakyah lah ni... ya lah kilang pembuat kain bukan orang muslim... Hairan sungguh baju kaum sejenis ku...mana tak hairannya dahlah tak pakai tudung, mereka ni ada yang pakai baju bahagian badan berlapis tapi tangan tak berlapis .... dah kain jarang macam plastik berwarna...

Kadang terfikir kepada siapa mereka nak menunjuk ni.... Wanita tu memang perhiasan bagi lelaki, tetapi bagi yang muhrim... kalau bukan muhrim tutuplah aurat sebaik mungkin kerana lelaki yang baik akan mencari isteri yang menjaga kehormatan dirinya juga kehormatan suaminya.... Rasanya didunia ini tiada lelaki waras yang mahu berkongsi isteri dengan lelaki lain...Maksud berkongsi ni luas bagi ku, salah satunya adalah dilihat aurat oleh lelaki lain... Dan lelaki bujang yang waras rasanya tidak mahu mencari calon isteri yang tidak tau menjaga kehormatan diri....Kalau ada pun lelaki yang mengurat perempuan yang suka mendedahkan yang tidak sepatutnya, mereka juga adalah lelaki yang sama fikir seperti perempuan tersebut....

Ya Allah ku bermohon pada Mu, lindungi anak-anak ku , saudara maraku, sahabat handai dari perkara-perkara yang membawa maksiat....maksiat penglihatan, maksiat perbuatan dan segala macam maksiat yang membawa kepada dosa .....

Berbalik kepada majlis kenduri kahwin tadi...rasanya bukan ku sahaja yang melihat pemandangan yang perkara biasa masa kini.... rupanya ada juga suara-suara sumbang beberapa orang tua dihadapan tempat duduk ku merasa seperti apa yang ku rasakan....

Selepas mengahdiri majlis tersebut terus ke bandar Batu Pahat untuk menziarahi sahabat yang akan ke Mekah.... dari rumahnya terus ke kedai kain untuk membeli kain baju uniform Tunas Puteri... Sebenarnya di sekolah Ku adalah guru penasihat Puteri Islam....memang dah ada pun uniform tu.... macam kurang selesa pakai warna putih ni... macam agak jarang juga, jadi lebih baik buat uniform Tunas Puteri...Di kedai kain ,sambil tu cuci mata untuk membeli sepasang dua ....memang kebanyak kain yang dijual adalah materialnya jenis yang jarang , yang perlu memakai inner atau lining....seperti yang ku nampak ramai digunakan oleh wanita masa kini.... Dan coraknya memang membuat Ku berkenan....Minta maaflah ya, nampaknya berkenan untuk dipandang sahaja bukan berkenan untuk dibeli....namun dapat jugalah ku membeli dua pasang kain yang jenis biasa-biasa dengan harga yang berpatutan....

No comments:

Post a Comment