10 October 2011

MUSIM HAJI DATANG LAGI....MENGGAMIT RINDU BAITULLAH....

Ia datang lagi.... Keghairahan menyambut musim haji kali ini terasa amat sangat berbanding syawal yang lalu.... Hanya mereka yang telah menjejakkan kaki ke Rumah Allah dengan Jemputan Yang Teristimewa itu sahaja yang dapat merasakannya.... MasyaAllah rindu sungguh... Abah kata kalau rindu cepat-cepat simpan duit untuk buat umrah... InsyaAllah ... itu juga Jemputan dari Allah untuk insan yang terpilih....

Syukur yang tak terhingga kerana menerima Jemputan itu setahun yang lalu dalam usia ku ,yang Alhamdulillah sangat ku rasakan kerana diberi kekuatan fizikal dan mental..... Semoga Allah limpahkan rezeki untuk Ku dan suami untuk ke sana lagi....kadang terasa juga ada hamba Allah yang sudah pencen pun belum terbuka hatinya untuk ke sana dan menerima Jemputan itu.....

Terbayang di mata semasa mula menjejakkan kaki ke Lapangan Antarabangsa Jeddah.... Macam tak percaya dan terpinga-pinga....namun sempat untuk ku sujud syukur....

Untuk sahabat dan saudara mara yang menerima Jemputan pada tahun ini semoga Allah beri kesihatan tubuh badan dan akal fikiran untuk menjalani ibadah haji.... kerana kesihatan tubuh badan dan akal fikiran adalah perkara utama untuk melakukan ibadah tersebut....

No comments:

Post a Comment