11 April 2010

CERIA , CERIA, CERIA..... SEKITAR SESSI BERGAMBAR BADAN BERUNIFORM.






Cun.... semua tersenyum, macam tiada masalah.....adus bos ko ko ni... bergaya sakan.



Puteri bersama Ibu Puteri.... Cop bapak Puteri pun ada sama....





Penuh bergaya, kengkawan ni kan....

mak dara and anak dara.... Ibu Puteri....


MY BEST DAY...


Tq my hubby coz bli kek yang cun.....
tq juga kak niah and kawan-kawan.....
tahun ni dapat kasut baru, baju baru , beg dompet baru, tudung baru,serba baru lah kiranya....
nak tunggu hpone baru je tak dapat lagi...
Mahal ataupun murah bukan jadi ukuran,
yang menjadi tanda adalah ingatan dan kasih sayang...

08 April 2010

SEKITAR TEMURAMAH BERSAMA PN HJH FATIMAH WARIDIN.... MANTAN GB SK PESERAI

Pn Hajah Fatimah bt Waridin, mantan GB SK Peserai




Bersama Pn Hjh Fatimah, Pn Kalthom dan Tn Hj Sarkawi


Banyak maklumat yang dapat di kongsi dengan Pn Hjh fatimah berkaitan SKP, dan nantikan semuanya di dalam majalah sekolah KEMILAU BESTARI....

BUAH TIN

Kita biasa jumpa di Malaysia


Sebelum di buat halwa rasanya agak kelat

Buah tin yang sudah dikeringkan yang biasa di bawa pulang oleh jemaah haji
Allah s.a.w berfirman : " Demi buah Tin dan Buah Zaitun, demi Gunung Sinai dan negeri ( Mekah ) yang dijadikan aman....."

Surah At - Tin ayat 1

Antara khasiat dan manafaat Buah Tin adalah menyeimbangi tekanan darah, merendahkan tahap kolestrol, membantu mencapai berat badan yang seimbang dan ideal, membantu ,mengatasi angin ahmar, mencagah penyakit kencing manis, memerangi penyakit kanser, mencegah penaykit kencing manis,mencegah serangan ghout dan mencegah sembelit dan buasir.
Buah tin juga mengandung asam lemak yang sangat diperlukan oleh kesihatan tubuh.. Di antaranya omega3 dan omega-6. Buah tin juga rendah lemak, rendah sodium, rendah kalori, dan bebas kolesterol sehingga sesuai digunakan sebagai penawar.

Kandungan vitamin buah tin tidak kurang hebatnya dibandingkan dengan epal ataupun lemon, seperti vitamin A, C, Kalsium, Magnesium, hingga Potasium. Buah tin sangat baik untuk membunuh bakteria jahat.

Selain itu disebutkan oleh California Figs Nutritional Information, buah tin mengandung serat yang sangat tinggi. Setiap 100 gm buah tin kering mengandungi 12.2 gram serat.
Buah tin dapat mengatasi masalah pencernaan, membantu penurunan berat badan, membantu membersihkan racun di dalam tubuh, dan mencegah penyakit lain.
Buah ini juga lebih mirip sebagai makanan biasa kerana mengenyangkan seperti buah kurma.

Buah tin ini biasanya menjadi buah tangan dari mereka yang pulang dari menunaikan haji. Tapi yang sebenarnya tidak kurang peka, bahawa buah tin terdapat banyak di Malaysia dan kurang dikormesialkan.

BIRTHDAY ZAID n ILYAS....





















06 April 2010

MUHASABAH DIRI..... SANGKA-SANGKA...

Sangka – Sangka

Manusia hari ini suka sangka – sangka
Ada sangkaan baik …
Ada sangka buruk …

Orang beribadah disangka riak
Orang yang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang berperangai baik disangka buruk
Orang berperangai buruk disangka baik


Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya


Sesuatu perkara yang kita lihat ,
jangan suka sangka – sangka
Sikap sangka – sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka – sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka – sangka
Jauhi sikap suka bersangka - sangka

03 April 2010

BERBUDI PADA TANAH


Pokok kobis yang dah boleh di tuai hasilnya

Mari jengah tanaman emak dan abah ku....
Berbudi pada tanah , memang mendapat ganjaran....
Syukur dah mula musim hujan, bertambah subur lah pokok yang di tanam oleh abah di sebelah rumah.....

Pokok terung dan kacang panjang yang baru nak mula membuahkan hasil

He he , orang tua kan memang risau kalau duduk tak de kerja....Ada saja yang dibuatnya.
Yang seronok tu, mereka menanam kobis, INGAT!!! kobis bukan sahaja boleh di tanam di Cameron Highland, tapi di Separap Land pun tak kurang hebatnya...


Pokok kobis yang dah boleh dituai dan sebelah tu pokok kobis yang ditanam di celah pokok terung


Pokok roselle dan pokok markisa yang baru nak berbuah

Hah hah ...ini kobis yang emak beri pada ku untuk dimasak

Abah ni ada seni pertanian sebenarnya.....rasanya dari zaman ku kecil2 lagi abah memang biasa bertani....masa zaman ku sekolah rendah berladang sayur pun pernah...emak lah asisstantnya.
Agaknya kalau ku rajin juga kat sebelah rumah tu, tentu boleh menuai hasil.... Ini kerja menanam kobis kat komputer ..... mana nak dapat hasil.

PESANAN UNTUK WANITA




KHAS UNTUK WANITA DARI USTAZAH DR FATIMAH AZ-ZAHRA

Sekadar berkongsi ilmu yg baik utk diamalkan bersama. Pada kaum bapa panjang kan la ilmu ini kepada kaum ibu yg dirumah.

Khas Untuk Wanita - dari Ustazah Dr. Fatmah Az-Zahrah menurunkan petua untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abqaro' .

Menurut ayat dalam Surah al-Waqiah.
("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)

Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh perempuan
untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas sembahyang Isya', ambil air segelas,

baca Al-Fatihah sekali,
Ayatul Qursi sekali
dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum.
Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.
Maksud Ayat
Makna surah Al-Waqiahayat 35-38:(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,(56.36) .
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),(56.37)
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,(56.38)
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

02 April 2010

KEAJAIBAN AIR


Gambar molekul air zam zam

Alhamdulillah , hari ini rajin lah pulak nak update blog.... Ya lah hari ini cuti, rasa nak manafaatkan sungguh-sungguh.


Hari ni nak berkongsi tentang ajaibnya air yang Allah kurniakan kat dunia ini, dan bagaimanakah cara kita untuk manafaatkan. Dari pagi lagi dah mengadap komputer untuk cari maklumat tentang air, molekul air dan air zam zam. Walaupun tidak banyak rasanya dapat pahala juga untuk kongsi dengan rakan2 atau sesiapa sahaja yang menjengah blog ini.


AIR


Air zatnya sangat lembut bentuk fizikalnya dan boleh mnyesuaikan dengan keadaan persekitarannya.
Air sifatnya adalah mampu mendengar, memahami atau perkara yang dihajati...
Air dapat merakamkan perkataan dan mampu mendengar seolah-oleh mempunyai
TELINGA, MATA dan HATI....


FAKTA KEAJAIBAN AIR

1. Tidak semua air sIhat dan jernih membentuk struktur kristal jika dibekukan. Hanya air yang sihat dan berada di lingkungan yang menyenangkan dan baik yang baik untuk diri kita

2. Struktur molekul air dipengaruhi oleh getaran, muzik, kekuatan pemikiran, doa, kata-kata atau tulisan yang ditampalkan pada bekasair tersebut.

3. Air zam zam dari Mekah ketika dibekukan dan di ambil gambar .
membentuk kristal segi enam yang jernih dan sempurna.

4. Air boleh memberi pengaruh positif dan negatif.
Kerana itu digalakkan untuk berdoa sebelum meminumnya.

5. Air dari perairan yang tercemar, air ladang, beracun, dan
dipanaskan tidak akan pernah membentuk kristal.

6. Air yang telah diperdengarkan nasyid atau doa setelah dibekukan dan



Air yang diperdengarkan bacaan zikrullah atau ayat quran diambil gambar di bawah mikroskop akan membentuk kristal segienam berbentuk bunga yang indah. Berbeza jika diperdengarkan muzik keras.



PERUBATAN ISLAM


Teknologi terkini membuktikan bahawa "Air" menerima perubahan sesuai dengan apa yang kita katakan atau bisikkan atau kita tiupkan.


Ini membuktikan bahawa "Perubatan Islam" melalui jampi dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran seperti yg telah diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah BENAR.... sekaligus menyanggah pendapat yang mengatakan atau mempertikaikan air jampi...


BERIKUT ADALAH PERBEZAAN MENARIK DALAM MOLEKUL AIR DALAM STRUKTUR KRISTAL YANG DIKAJI OLEH DR MASARU EMOTO.

Air yang di bacakan Bismillah


Molekul Air yang telah dibacakan doa


Molekul air yang diperdengarkan zikrullah

Molekul air salji


Molekul air yang telah disembahyangkan


Air yang diperdengarkan ucapan yang baik-baik.



Molekul air dengan ucapan cinta dan kasih sayang



Molekul air dengan ucapan Terima Kasih









Molekul air yang sebelum dibacakan doa






Molekul Air di kawasan tercemar di Di daerah Kinki , Jepun.







Molekul air yang diucapkan " Saya akan bunuh anda "






Air sungai yang mengalir di Teluk Yodo River teluk Osaka







Molekul air yang diperdengarkan Muzik Heavy Metal.




********Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang keajaiban molekul air bolehlah melayari DR MASARU EKOMO******

( Semasa ku menyiapkan blog ini, tension sungguh sebab line streamyx tak elok,nak terbitkan pun berulang kali )






















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































LAGI CERITA TENTANG DARAH...


Adakah anda percaya jika ku katakan bahawa memang ada rahsia disebalik jenis darah kita? Tahukah kita banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini ku kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.

JENIS DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

JENIS DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

JENIS DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.
Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

JENIS DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.
Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

ALLAH MEMANGGIL KITA SEBANYAK 3 KALI

‘Panggilan Pertama adalah Azan’

Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah..
Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali kerana malas atau sebagainya.

Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak.. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti’.

Panggilan yang kedua adalah panggilan Haji / Umrah..

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam.
Yang tidak mempunyai wang akan mendapat rezeki, yang tidak merancang pula akan pergi,

ada yang memang merancang dan terkabul hajatnya. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan’,

sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu’.

Panggilan ke-3, adalah KEMATIAN..

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan keadaan , Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh.
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.Manafaatkan waktu kita sebaik-baiknya. Insya Allah syurga adalah balasannya..’

TANAMAN PADI DI KESANG TASIK MUAR


Hari ini mengambil anak di Muar di SMALQ. Sekolah di sebenarnya terletak di kawasan sawah padi... Sepanjang 3 tahun berulang alik ke sana, sebenarnya ada beberapa cara penanaman yang ku lihat.


Pada tahun 2008 petani di sini menggunakan kaedah tabur. Pada tahun lepas pula yang ku nampak mereka menggunakan kaedah tradisional, iaitu kuku kambing....dan dari pengamatanku kaedah yang ku nampak hari ini sangat cantik kerana pokok2 nya tersusun rapi.

Dan hari ini, dengan izin Allah, ku dan family dapat berjumpa mesin yang ku kira kaedah baru pula... sangat unik rasanya. Mereka menggunakan mesin yang berbentuk seperti bot. Ku pun tak tau macam mana nak menceritakan kerana waktu ku sampai pekerja sudah tidak menjalankan kerja kerana cuaca yang renyai-renyai.





Yang depan bergulung tu anak-anak benih...nampak seperti bergulung dalam karpet, tapi sebenarnya yang putih bergulung tu adalah akar anak benih tersebut.


Bila tengok kaedah tadi, macam nak bawa semua anak2 ( tak turut serta tadi kerana bersekolah agama ) dan anak murid melihat bagaimana kaedah penanaman padi di Malaysia.


Nostalgia: Sungguh memang nostalgia .... kerana aruah nenda ku, memang mempunyai beberapa bidang sawah dulu di kawasan Pt Yusof. Ya Allah, memang tak dapat lupakan kerana sewaktu ku berumur 6 dan 7 tahun sudah pandai menanam padi dengan cara " Kuku Kambing". Huh... zaman tu pergi ke Parit Usof naik basikal dari Separap ,Subhanallah.....
mujahadahnya zaman tu....Ingat pondok sawah, ingat pokok cermai dan pokok asam jawa....





Kenangan itu memang tak dapat digambarkan pada anak2.... dan mereka tidak akan dapat merasainya, kerana sawah tu telah "ditukar milik ", oleh orang yang memajak tanah tersebut.... ( panjang ceritanya )

KURMA



KURMA

Kurma adalah makanan sunnah nabi. Biasanya apabila menjelang Ramadhan bermacam-macam jenis kurma berada di pasaran. Dari segi kualiti, harga dan kesegarannya.


Info: Masyarakat seluruh dunia kini mengiktiraf buah yang tahan lasak atas kemampuannya tumbuh di padang pasir dari Timur tengah Arab ini sebagai makanan wajib harian atas keberkesannya dalam memberi tenaga, membantu memperkemaskan sistem fungsi tubuh dan otak.

Daripada Salman Ibnu Amir, " sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Jika salah seorang dari kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah (berkat 0, kalau tidak ada maka dengan air, kerana air itu bersih dan suci".
( Hadith riwayat Abu Daud dan At Tarmizi )

01 April 2010

SUMAIYYAH

Bila terdengar lagu ku dalam blog ini, rasa nak menulis pula tentang SUMAIYYAH....
Siapa sebenarnya Sumaiyyah?
Sumaiyyah adalah Serikandi Islam yang agong.
Hazrat Sumaiyyah bt Khayyat r.anha adalah ibu kepada Hazrat Ammar b. Yassir. Sebagaimana suaminya dan puteranya beliau turut menanggung pendritaan dan kesusahan demi Islam.


kadang-kadang beliau dibaringkan di atas anak-anak batu di padang pasir di bawah kepanasan matahari pada waktu tengah hari. Beliau akan dipakaikan baju besi dan dibiarkan berbaring di bawah pancaran matahari yang terik.

Sekiranya Rasulullah lalu di sisinya, baginda akan berpesan supaya bersabar dan juga menyampaikan janji-janji syurga.


Sumayah binti Khaiyyat r.ha ,
Wanita yang memengang teguh keyakinan terhadap Islam , yang dengan rela menerima Islam sebagai agamanya sehingga membuat marah Abu Jahal laknatullah memaki hamun dan menombak kemaluan Sumaiyyah binti Khaiyyat r.ha hingga syahid. dan
Sumayah binti Khaiyyath r.ha adalah orang yang pertama syahid dalam Islam.
Hazrat Ammar b. Yassir,
telah membina masjid yang pertama dalam Islam. Mulanya Hazrat Ammar telah mengumpul batu-batu dan beliau telah membina sebuah masjid di Quba untuk Rasulullah berteduh.