16 March 2010

KE HOSPITAL DAN URUTAN REFLEKSI...

Hari ni jadual bertugas mengajar kelas tambahan Tahun 6. Alhamdulillah kedatangan walaupun tidak penuh tapi agak memuaskan...

Sementara menunggu hubby ambil , tangkap gambar untuk Majalah sekolah...

Selepas tu hantar pulak anak ke bank untuk buka akaun baru dan semak kad bank yang tidak boleh digunakan...

Selesai urusan di bank, ke hospital pulak... entah kali ke berapa sejak sebulan ni, melawat biras ku yang sakit. Sementara tunggu waktu melawat tu sempatlah pulak ambil gambar taman refleksi di sebelah kiri pintu masuk utama...




Dari gambar tu, mula lah semak apa yang kat tubuh badan ni.... nampak gaya kena lah selalu ke Tasik Y untuk berjalan di atas batu untuk buat urutan refleksi di situ.... Seronok juga sebenaranya. Beberapa kali dah pergi ke Tasik Y bersama hubby n anak2, konon nak berjogging... ( Bukan jogging sangat pun, cuma rehatkan badan, lupakan sekejap rumah yang bersepah dan kerja di sekolah... release tension konon.)


Balik ke rumah cari lah buku refleksi yang dalam koleksi... ke mana agaknya, cari punya cari dapat le satu....(sebenarnya ada beberapa koleksi dalam simpanan mini library ku,) koleksi di kedai pun boleh tahan banyaknya yang boleh diguna sebagai panduan...




TAPI ADA SEDIKIT INFO DARI BUKU DAN INTERNET YANG BOLEH KITA KONGSI...

RefleksiAnggota kaki

Pendahuluan
Suatu kaedah perubatan tradisional yang diperkenalkan oleh orang Tiongkok.

Perubatan ini ialah dengan cara mengurut daerah refleksi pada anggota badan manusia.


Daerah refleksi yang popular ialah di tapak kaki dan di tapak tangan.

Keistimewaan pengubatan cara urut releksi ini adalah selamat dan mudah, tidak perlu memakansebarang ubat dan tidak ada yang ditusukkan ke dalam tubuh kita. Pesakit akan hanya merasa sakit sedikit ketika urutan dibuat. Ianya boleh dilakukan kepada semua orang (yang mempunyai daerah refleksi) sama ada orang tua atau pun masih bayi.

Daerah RefleksiMerupakan titik pusat urat-urat syaraf di anggota badan manusia.

Tiap-tiap titik tersebut ada hubungkaitnya dengan organ tubuh tertentu. Setiap organ di dalam tubuh sentiasa memerlukan pengaliran darah yang lancar untuk urusan penerimaan sumber makanan dan pembungan bahan kekotoran. Dengan mengurut atau memicit daerah refleksi akan melancarkan peredaran darah orang yang diurut.


Kelancaran ini mendorong organ di dalam tubuh menerima sumber makan (seperti oksigen, hormon, antibiotik) dan pembuang kekotoran (seperti asid) yang hendak mengendap di situ lalu dialirkan ke buah pinggang.

Sebenarnya, kalau manusia mahu menuruti kehendak alam, berjalan di atas tanah kasar dan berbatu tanpa beralas kaki, maka daerah refleksi yang terdapat ditapak kaki akan tertekan hingga tergerak fungsinya.Orang yang berpengalaman urut refleksi, dalam mengurut dapat mengetahui tempat penyakit pesakit hanya dengan meraba tapak kaki orang tersebut.Kerana daerah refleksi yang sakit terasa semacam ada pasir di situ apabila diraba. Ini bermakna berlakunya endapan kekotoran di dalam saluran darah.


Cara mengurut - Menggunakan:

1. Hujung-hujung ibujari
2. Belakang jari dengan mengenggam tangan
3. Tongkat kecil berkepala bulat
4. Memijak selipar
Cara mengurut atau memicit daerah refleksi di kaki ialah dari arah bawah ke atas. Sementara yang terdapat di daerah betis diurut arah ke jantung.Tiap-tiap daerah refleksi boleh diurut selama lebih kurang 5 minit untuk menerima kesannya. Jika dapat menahan kesakitan, bolehlah diurut lebih lama sadikit. Selepas urutan dibuat, pesakit digalakkan mengambil minuman air suam.Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment