31 March 2010

ULAM RAJA






Hari ini ku nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang ULAM RAJA. Kenapa ulam raja?
He he.... sebenarnya dah tiga hari makan berlaukkan ulam raja dan sambal asam. Beberapa hari lalu semasa membuat temuramah ke rumah Tn Hj Onn banyak sungguh pokok ulam rajanya.... jadi tanpa malu-malu mengendenglah dengan isteri Tn Hj...
Terima kasih mak cik.... Ku ni pulak pantang jumpa ulam raja, perut tak lapar pun jadi lapar...
"Pantang", tapi bukan "Pantang Makan" tapi "Pantang Jumpa"....kebetulan suami bawa brochure ttg ulam raja dari Jabatan pertanian, jadi nak kongsi lah ni...
APA ITU ULAM RAJA
ULAM RAJA( Salad King ) terkenal di kalangan orang-orang Melayu. Pucuknya yang muda sangat berkasiat untuk dibuat ulam atau kerabu.Ia boleh ditanam di kawasan rumah sebagai pokok perhiasan kerana mempunyai bunga yang menarik.
Ia juga dikenali sebagai pokok INTAN BERAYUN. Pokok ini tersebar atau boleh ditanam melalui sebaran angin. Benih-benihnya dari kuntuman bunga yang kering . Pokoknya tumbuh menegak,batangnya lembut kehijauan dan senang dipatahkan.
Ia tidak sesuai di tanam di tanah lembab atau di tempat takungan air. ia sesuai di tanah lapang dan terbiar. Ia berasal dari Amerika latin.
KHASIATNYA
Digunakan dalam perubatan tradisional Islam kerana khasiatnya dapat mencuci darah dan bahan toksid juga menguatkan tulang. Kloroform yang diekrtrak dari ulam raja mengandungi Contunolida, stigmasterol,lutien dan bipridina yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria.

No comments:

Post a Comment