Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi tidak bahagia.Pegang kata-kata ini. Maknanya , untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiakanlah mereka. Hanya setelah itu barulah kita akan merasa bahagia.
Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin diberikan, akan bertambah terang cahayanya...
Siapakah yang paling hampir dengan kita? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia ?
Bagi seorang isteri suamilah yang paling layak diberikan kebahagiaan itu. Jika suami yang di sisi tidak bahagia , jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Cuba kita bayangkan kalau suami kita tidak bahagia adakah kita akan bahagia.Kerana hakikatnya kita tidak akan bahagia selagi orang terdekat tidak bahagia.
Bagaimanakah kita berusaha untuk membahagiakan suami kita...
1. Hargailah kehadirannya. Rasakan bahawa kehadirannya adalah satu anugerah yang tidak ternilai yang Allah berikan untuk kita. Bagaimana kita boleh menghargainya. InsyaAllah kalau ada kemahuan tentu ada jalan...Kata orang , kasih cinta umpama aliran air. Kita sentiasa tahu ke arah mana air itu hendak mengalir.Mungkin suami kita telah penuh uban di kepalanya, tetapi anggaplah uban itu "mercu tanda" pengorbanannya membina rumahtangga kita.
2. Pandanglah mata hatinya.Kalau semasa bercinta dari mata turn ke hati, tetapi setelah lama bersama , pandangan kita mestilah lebih berharga dan murni lagi....Hargailah selagi ia masih di hadapan mata. Begitulah selalu pesan cendikiawan dan pujangga. Malangnya kita selalu terlepas pandang. Sesuatu yang "terlalu dekat", kadang-kadang lebih sukar dilihat dengan dengan jelas.
3. Jangan Lokek untuk bertanya berita. Sekiranya berjauhan jangan terlalu lokek untuk bertanya berita. Jika duduk berjauhan , masa berSMS bersama teman lebih banyak berbanding suami sendiri...Wajarkah ? Selalulah bertanya khabar, nyatakan rindu dan kasih kepadanya.
Hargailah kehidupan ini dengan kasih sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia sekiranya orang di sisi tidak bahagia....
Hargailah kehidupan ini dengan kasih sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia sekiranya orang di sisi tidak bahagia....
Jangan lupa sentiasa berdoa dengan Yang Maha Esa, agar Allah memberi kebahagiaan dunia dan akhirat kepada kita, juga diberi perlindungan dunia dan akhirat. InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment