12 May 2010

MENGERAT KUKU




Hari Ku nak berkongsi tentang mengerat kuku... atau biasa kita katakan "potong kuku".
Dari zaman kita kanak-kanak lagi, macam-macam yang orang tua ingatkan pada kita cara terbaik untuk memotong kuku....


Ingat dulu-dulu, nenek kata jangan potong kuku malam nanti mak meninggal...jangan potong kuku waktu senja, dan macam-macam lagi alasan yang diberikan. Tapi bila kita fikir secara logiknya, potong kuku waktu malam ni memanglah tak elok, bukan apa..... pada masa dulu kala bekalan elektrik tiada di kampung2,so apabila potong kuku malam tentulah gelap dan bimbang terpotong kulit jari tu... So hari ni nak kongsi tentang mengerat kuku ni....

HUKUM MENGERAT KUKU


Barang siapa yang mengerat kuku pada:

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit. Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)


Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan. Hilang berkah


Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat. Mempusakai sifat alim fadhail ( orang yang berilmu dan mempunayi kelebihan )

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit. Mempusakai kebinasaan.

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.Mempusakai jahat perangai

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. Mempusakai sifat kaya

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan
masuk kepadanya rahmat daripada Allah. Mempusakai ilmu dan lemah lembut.


Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya.




Walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu dihormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, bukannya tong sampah sekalipun tong sampah itu bersih.

Mulakan kerat kuku itu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mula dengan jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhirnya ibu jari tangan kanan. Kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.

DOA MEMOTONG KUKU

"BISMILLAHI WABILLAHI WA'ALA MILLATI MUHAMMADIN WA AALI MUHAMMAD"

Tiada gugur yang dikerat itu melainkan dengannya pahala memerdekakan seorang sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati

PENGAJARAN

Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam, termasuklah anggota badanya. Kuku yang dipotong, sunat ditanam dalam tanah sebagai tanda hormat kerana ia adalah anggota manusia.

Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas dan Junub.Kitab al-Ihya’ ada menyatakan bahawa jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum mandi junub. Ini kerana potongan itu akan kembali kepadanya dengan keadaan junub

No comments:

Post a Comment