15 May 2010

SELAMAT HARI GURU

Inilah Doaku....





Walau apa pun selamat SELAMAT HARI GURU, kepada suamiku kerana dialah guruku di sepanjang masa, kepada kedua ibubapaku, kerana merekalah guruku dari dulu hingga kini,(istilah guru terlalu subjektif, bukan sahaja di dalam bilik darjah) kepada semua bekas guru-guruku, kerana tanpanya belum tentu aku menjadi guru, kepada semua rakan guru SK Peserai, kerana merakalah pembakar semangatku untuk melaksanakan amanah ini dan semua guru di Malaysia juga di mana sahaja....


TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MENJADIKAN KU SEBAGAI GURU



PESANAN HARI GURU:

1. Guru dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra...Semuga menjadi guru yang berjaya mendidik jiwa dan minda...
Dari : Ustaz Muhibbudin


2. Cantik seorang guru kerana kejernihan wajahnya, manis seorang guru kerana senyuman yang indah, ayu seorang guru kerana kesederhanaan lahiriahnya, hebat seorang guru kerana kesabaran hakiahnya, dan mulia seorang guru kerana keikhlasannya. SELAMAT HARI GURU.." Guru Pembina Negara Bangsa
Dari : Ustazah FarhanaIslah


3. " Guru" bagaikan NTV 7 kerana CERIA SELALU, " Guru" pula kadangkala bagaikan TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU, Yang pasti " Guru" bagaikan TV 9 kerana DEKAT DI HATI..... , yang paling penting " GURU" juga bagaikan PACKAGE ASTRO kerana macam-macam ada .... SELAMAT HARI GURU...
Dari: Pn Fadzilah Paiman , En Aziz ( GPK Koko)


4. Guru itu ibarat ibu bapa, padanya jangan derhaka.... Guru Ibarat Pendita, Lidah mindanya pedoman sepanjang masa... Guru ibrat Doktor, pengubat jiwa yang kotor...guru ibarat pemandu jalan selamat ke tempat tuju, guru ibarat peladang, menanam modal insan masa depan, guru ibarat imam , menjadi ikutan para makmum,Guru ibarat rakan, tempat mencurah perasaan, Guru itu manusia biasa, sedikit cela panjang cerita....
Dari : Pn Normala

5. Selamat Hari Guru
Dari: Kak Limah Madon

6 . Selamat Hari Guru Cikgu... terima kasih atas segala ilmu yang diberi, saya sayang cikgu...
Dari : Suraya Azmi( bekas Anak Murid )

7. Selamat Hari Guru cikgu
Dari : Siti Aqilah bt Talib ( bekas anak murid )

8."Selamat hari Raya Guru". Maaf Zahir Batin. Kita pembina Negara dan bangsa. Terima Kasih kerana ingatan
Dari: GB SKP


9.Jadilah seorang guru yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU,nasihatnya di SERU,tingkahlakunya diTIRU... SELAMAT HARI GURU
Dari : Hjh Rohani bt Md Yusof


10. Setitis jadikan Laut,Sekepal jadikan gunung, Jasamu kelak disebut, namamu kelak disanjung,hidup didunia dikenang orang, mati nanti didoa berpanjangan, SELAMAT HARI GURU
Dari : Bakal Biras ( Cikgu Fizah Seri Medan )

11. Banyak dapat BUNGA ?* Tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat PENDRIVE tanda guru DATA. Dapat PEMADAM tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat MESEJ tanda guru sentiasa dalam ingatan.. SELAMAT HARI GURU
Dari: Kak Halimah Fadzin
( rakan semaktab)



12. Apakah cita-cita anda sebelum jadi guru? Mejistret? loyar ? Engineer? Anda menyesal menjadi guru ? Cuba lihat ada tak loyar yang sanggup pakai topi arkitek ? ada tak majistret yang berani sarung kot doktor ? Tapi GURU adalah semua itu. kita lah loyar bila PARENTS soal, MAJISTRET bila murid bergaduh, Hatta security guard dan AHLI NUJUM pun kita... hari ni pulak jadi TUKANG KEBUN gotong royong perdana. oleh itu banggalah jadi Cikgu. SELAMAT HARI GURU....
Dari : Zamziah Ishak... Kulim Kedah




No comments:

Post a Comment