Selamat Hari Ibu untuk Ibuku yang dikasihi, Rakan-rakan yang juga merupakan ibu kepada anak-anak yang dikasihi, Semua Ibu di Malaysia dan seluruh alam ini....
Kalau mengikut sejarah Hari Ibu ni bermula pada zaman Greek kuno untuk menghormati ibu Rhea iaitu ibu bagi segala dewa. Orang Kristian pula meraikan hari ibu untuk menghormati Maria, ibu kristus...
Sebenarnya bila cari maklumat tentang hari ibu ni...jadi confius pulak ku.... perlukah kita meraikannya...kerana pada asalnya ia diraikan oleh orang kristian....
Seperti mana kita meraikan Valentine Day....Ia adalah haram diraikan oleh Umat Islam.
Tapi rasanya tak salah kita meraikan Hari Ibu. Terpulang pada niat kita.... Tapi kala dulu tidaklah glamour sangat HARI IBU ni....Tapi kita tetap mengagungkan ibu dan yakin bahawa syurga di bawah telapak kaki ibu...terutama untuk insan yang bernama lelaki. Bagi wanita lain pulak ceritanya... terutama yang sudah berumah tangga....
Tapi apa yang Ku rasakan adalah ,walau tiada Sambutan Hari Ibu tapi anggaplah bahawa setiap hari yang kita lalui adalah Hari Ibu....Sayangilah ibu kita, kerana ibulah yang melahirkan kita.....
BAGAIMANA KITA MENGHARGAI IBU...
1. Sentiasa Berterima Kasih kepada Ibu, dan sentiasa berdoa semuga Allah memanjangkan umurnya, memberi kesihatan yang baik dan sentiasa mendapat perlindungan Allah.
2. Sentiasa meminta maaf dari ibu sekiranya perlakuan kita menggores perasaannya dan sentiasa juga memaafkannya....kerana ibu kita juga manusia biasa, maafkan lah kesalahannya.
3. Cuba menghabiskan masa dengan berkualiti bersamanya....Berusaha untuk membuat ibu kita merasa gembira. Cuba kita bayangkan sekiranya ibu kita telah tiada.... tiada kata yang boleh kita luahkan...
Doa Untuk Ibu...
" Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Rendahkan suaraku, Perindahkanlah ucapanku dan Lembutkan hatiku untuk ibuku yang dikasihi, Berilah ia balasan yang sebaik-baiknya sebagaimana ia mendidikku, Peliharalah dirinya sebagaimana dia memeliharaku,
Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah dirinya dan kasihanilah dirinya sebagaimana dia mengasihiku semasa kecil, panjangkan usianya, murahkan rezekinya dan berikanlah keberkatan hidupnya di dunia dan diakhirat,
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia yang Maha Agung, Engkaulah yang Maha Pengasih...
Amin ya Rabbulalamin....."
Justeru sentiasa menjadikan hari-hari yang kita lalui adalah HARI IBU.....
No comments:
Post a Comment