31 May 2010

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 2010


Alhamdulillah , Program Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform SK Peserai telah selamat dijalankan pada 28 -30 hb Mei 2010.

Walaupun masanya agak padat dan kurang sesuai tetapi ia tetap berjalan dengan lancar... Ya lah program dijalankan menjelang murid menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Apa lagi murid-murid ni memang suka ambil kesempatan, hari berikutnya hari Isnin ramai lah yang " Bercuti Tanpa Rekod".

Bayangkan kelasku sahaja 6 orang tidak hadir, bagaimana pula kelas2 lain....

Seperti biasa tugasku adalah hari Pertama, iaitu Jumaat petang hingga malam....Uhh boleh tahan juga penat, maklumlah hari tu adalah hari Cuti Wesak... Pagi2 lagi dah menyelesaikan hal-hal berkaitan PRM...

Petang tu kami, Ku , Hanan, Sasu, Boo, Masura , Zabedah , Ezzaidah dan beberapa orang kuat perkhemahan sperti Mislia buat juadah minum petang Cekodok Bilis.... Uuhhh panas2 memang sedap...



Cikgu Aziz dah lepak tu..., Ustaz pulak membahagi bekalan biskut, Cikgu Bedah yang dah sarat pun datang bertugas...




Ni baru betul2 rewang namanya....siap periuk belanga lagi...













No comments:

Post a Comment