20 May 2011
AUDIT AKADEMIK 3 BUAH SEKOLAH DI SKP PADA 18 MEI DAN PEMANTAUAN OLEH PPD PADA 11 Mei 2011
Pada 11 Mei adalah lawatan kerja tuan PPD dan rombnongannya :- Tuan Hj Shapee selaku PPD, En Mokhsien, Tuan Hj Dawad, Tuan Hj Ghazi, En Shaharudin dan Pn Radziah, Manakala 18 Mei , kami 3 buah sekolah telah membentangkan Audit Akademik UPPM 1... Tahniah kepada GPK yang membentangkan dan tahniah kepada SU peperiksaan yang menyediakan....
Sebenarnya ini merupakan kali pertama audit akademik untuk guru tahun 6, yang melibatkan 3 buah sekolah....
Bagus program tu sebenarnya....Boleh membuat guru-guru muhasabah diri.... Terasa kita masih perlu banyak lagi berusaha untuk mencapai sasaran PPD. Seperti yang dinyakan oleh bos SKP , Tuan Hj Sarkawi memang satu cabaran bagi kami.... 20 orang dalam tangan, 30 jadi sasaran...tetapi lain pula kenyataan En Shaharudin dari PPD... dari kajiannya kita boleh mencapai 35 orang.... MasyaAllah lagi kecut perut mendengarnya.... Tapi InsyaAllah, ada masa untuk berusaha...
Tapi bila fikir semula dari apa yang kami dapat semasa audit akademik tersebut, ada sesuatu yang perlu difikirkan... terutama perbandingan dengan SK Penghulu Salleh....Dari Sejarah UPSR memang mereka akan mencapai keputusan yang melebihi 90 % walaupun pada awalnya iaitu semasa UPPM 1, mereka ketinggalan jauh dari kita SKP....
Berbeza pula dengan kita, lebih menonjol semasa UPPM tetapi tidak perform semasa UPSR.... macam mana tu...
Itulah yang perlu kita muhasabahkan diri.... dan adakah penyumbang ponteng, persekitaran tempat tinggal dan sokongan ibu bapa juga memainkan peranan.....
Tapi bila teringat ulasan GB SK Penghulu Salleh.... mungkin salah satu sebab cikgu menanda tidak telus.... Ohhh tidak....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment