30 May 2011

REUNION X -SMDO - DI NADIA CLASSIC CAFE

Penuh cerita warni setelah 26 tahun berjumpa....



Alhamdulillah setelah 26 meninggalkan alam persekolahan di Sek Menengah Dato Onn (dulu namanya) kini kami berjumpa semula dengan keadaan yang berbeza. Yang pasti umur semakin meningkat, kematangan juga bertambah, ahli keluarga juga bertambah...



Plan untuk mengadakan perjumpaan ini telah bermula setahun yang lalu dengan Allahyarham Mejar Kamarudin sebagai Penggeraknya... ( Al Fatihah untuk Allahyarham ). Ajal , maut, jodoh pertemuan semua kerja Allah... Syuku kepada Mu Ya Allah kerana memanjangkan usia Ku serta keluarga tersayang .



Dan pada perjumpaan kali ini En Jamil, En Azlan, En Khairul dan Pn Norli adalah penggerak nya... Syukur walaupun majlisnya ringkas dan sederhana tetapi meriah...majlis berjalan Lancar. Di antara yang hadir adalah Ku sendiri, Pn Aziah bt Ayub, Pn Nura bt Kamsan, Pn Roslimah bt Saat, Pn Murni bt Esa, Pn Alizah bt Mohamed, Pn Rahmah Kassim, Pn Sarimah bt Dayat, Pn Siti Zaleha bt Borhani, Pn Suhaiza bt Shuib, Pn Norliza Zaham, Pn Azizah Saim , Pn Nurizan bt Jamil, Pn Rasidah Mohamad dan Pn Norli yang sudi menyediakan tempat. Manakala wakil dari Pihak lelaki adalah En Jamil b. Piee, En Khairul, En Rasyid b. Aris, En Fadzil b. Mohamad, En Hashim b. Yusof, En Hamdon, En Awien, En Johari, En Azlan, dan En Hishamudin b. Siraj. Alhamdulillah masing2 datang dengan pasangan serta ahli keluarga.



Masa sangat cemburu dengan program pada malam itu, rasa seperti tidak puas untuk berbual dan bertanya khabar...









Mr Fadzil b. Mohamad bersama kami...









My hubby dalam acara cabutan bertuah...







Rasa macam kami ni budak sekolah lah pulak... sebab semasa zaman sekolah kamilah ratu posing...

No comments:

Post a Comment