Sebenarnya tidaklah menarik N3 ku kali ini...cuma kerana selalu kedengaran dan kerap menjadi buah mulut orang maka teringin untuk menulisnya...
Simple jer ceritanya, tapi jika kita kita kurang ambil kisah akan merosakkan iman kita...
Ceritalah sikit bagaimana ia bermula....Sebenarnya hujung minggu yang lalu ada beberapa majlis undangan perkahwinan yang perlu ku hadiri...Pada hari sabtu sahaja 4 undangan dari rakan juga saudara mara.... manakala hari ahad pula ada 3 majlis yang perlu ku hadiri... Ya lah bila difikirkan bagi diri ku ini tentulah tidak menjadi masalah sekiranya tidak menunaikan hajat undangan tersebut, ya lah.... orang kata belum nak bermenantu lagi...Tapi bila menganggapnya satu amanah, maka tunaikanlah....
Dari sebelum subuh lagi, cuaca agak kurang baik... Guruh dan hujan berselang seli hinggalah waktu subuh dan menjelang siang....Lebih kurang pukul 9.30 pagi, cuaca mula cerah, matahari mengeluarkan cahayanya dengan terang...Maka terdengarlah soksek dari saudara terdekat ku mengatakan wah ! power sungguh bomoh ni tolak hujan.... MasyaAllah terperanjat sungguh, dalam zaman Islam berkembang dengan pesat ada lagi kenyataan seperti ini...
Lantas ku nyatakan tidak puas hatiku denga menyatakan..... Ingatlah semua kejadian di dunia ini, hujan dan panas, siang berganti malam,suka duka, dan sebagainya semua adalah aturan Allah...
Ingatlah Allah berkuasa , makhluk tidak berkuasa...ingat semasa zaman ku kecil lagi, bila ada kenduri kahwin dan hujan tidak jadi, maka ramai yang mengatakan bahawa ini petua itu, ini... dan ada bomoh hujan... Istigfarlah , betulkan iman kita.... yakinlah Allah yang memelihara semesta alam...
No comments:
Post a Comment