24 December 2011

IKRAM / KHIDMAT...........

Hari ini penuh susunan kerja dari pagi hingga ke petang....
Masak sarapan pagi - bersarapan - hantar my sis ke Pt Sulong nak shopping katanya... apa yang nak dibeli pun tak tau... tapi yang pasti dua ikat pucuk ubi yang ku nampak he he....

Pukul 12.30 mula gerak ke bandar Batu Pahat untuk menghadiri undangan majlis perkahwinan di Hotel Pelican. Dari situ terus ke Jalan Kenangan menghadiri undangan rumah seorang guru mengajar di SK Bandar , sekolah kekandaku bertugas.....

Dari rumah Puan Jun, ku ke rumah Emma ....Solat zuhur dahulu di masjid Datuk Bentara sebelum ke rumah seterusnya.... Hujan lebat di masjid. Keadaan licin...
Seorang kakak lah kiranya dihadapan bilik air memanggil suaminya dari jauh yang berada di lot parkir....wanita tersebut memakai tongkat seolah-olah terkena seangan akhmar dan dengan seikhlas hati ku menghampirinya sekiranya ada apa-apa yang boleh ku bantu. Masa itu juga suaminya datang menghampiri.... " Bang I rasa I kena solat di hotel sahajalah, sebab tak boleh nak duduk buang air.... semua tandas cangkung tiada tandas duduk.... MasyaAllah kesiannya...

Alhamdulillah, hari ini dengan seikhlas hati ku akan bantu insan ini... " Kak , tak pe saya bantu akak...." . Ku pimpinnya ke tempat wuduk, buka kan tudung dan anak tudungnya serta cermin matanya dan bantunya untuk mengambil wuduk.... Nampak macam sukar tetapi terus terang ku katakan memang Kak Shamsiah namanya setelah berkenalan seorang yang tabah dan cekal.... Kenapa ku nyatakan begitu ?????????? kerana di luar sana ramai yang mengaku umat Nabi Muhamad ,sihat tubuh badan dan akal fikiran tetapi tidak fikir untuk solat dan amal agama....

Ku bantu untuknya mengambil wuduk , basuhkan kedua tangan dan kakinya....terasa kecil diri ini dihadapan Allah kerana dapat khidmat sedemikian rupa kerana tidak pernah Ku melurutkan air wuduk di kaki seseorang.... Syukur kerana dapat ikram dan khidmat... Terus terang ku nyatakan dengan Kak Shamsiah ku amat berbesar hati mengenalinya kerana dengan mengenalinya ku rasakan bahawa makhluk ciptaan Allah ini tiada kuasa apa2, semua atas kuasa dan nikmat Allah....

Naik ke masjid , sama-sama bersolat dan tunggunya hingga selesai... bantu untuknya turun dari masjid dan berjumpa dengan suaminya.... Berulangkali suaminya mengucapkan terima kasih kerana membantu isterinya....Ku balas dengan senyuman sahaja kerana yang pasti niat ku ikhlas dan merasakan waktu ini masanya , masa kita nanti entah bagaimana.....

Sempat berbual dengannya ,bila punca kak shamsiah kena serangan angin akhmar ini... katanya 7 tahun lalu 5 hari sebelum keberangkatan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardu haji.....MasyaAllah ujian yang sangat besar.... Ku tanyakan juga, sudah kah hajatnya untuk ke Mekah tercapai katanya, Alhamdulillah tahun 2010 dah tertunai hajatnya untuk ke Mekah.....
Dan sebelum meminta diri untuk pulang, suaminya memberi " kad bisnes" nya.... rupanya seorang pengurus syarikat di Terengganu.... bersungguh-sungguh mempelawa ku ke Terengganu dan menghubungi nya....

Semoga Kak Shamsiah akan sentiasa sihat dan dilindungi Allah....

No comments:

Post a Comment