27 December 2011

WAHAI SUAMI, WAHAI ISTERI, WAHAI SAHABAT TAATILAH SUAMIMU DAN BERKASIH SAYANG LAH DENGAN PASANGAN MU KERANA ALLAH.....

Ringkas sahaja sebenarnya apa yang ingin ku tuliskan kerana ia adalah luahan rasa atas sebab apa yang ku lihat, apa yang ku dengar dan apa yang disampaikan kepada diri ku yang lemah ini, mahkluk Allah yang tidak punya apa-apa... hanya secebis hati penuh kasih sayang kerana Allah....

Bagaimana seorang isteri yang tidak menghargai suaminya kerana suatu sebab yang sangat kecil dan ku rasakan ia adalah kesilapan si isteri....Wahai sahabat, ingatlah syurga isteri adalah ke atas suaminya.... selagi suami tidak melanggar perintah Allah, menjaga amal dan keperluan keluarga taatlah.... Kerana janji Allah itu pasti.... Jangan kerana suami itu seorang yang boleh lebih kurang kita tidak menghargainya, tidak taat padanya dan derhaka padanya .....Dunia ini umpama roda , sentiasa berputar... kadang kita di atas, kadang kita di bawah... kalau kita rasa diri kita sempurna dan hanya menganggap kehadiran suami hanya mengganggu ketenteraman.... maka tanpa sedar sebelah kaki kita telah melangkah menuju ke neraka Allah... nauzubillah...

Wahai suami, hargailah pasangan Mu.... berksaih sayanglah dengannya... bertutur dengan lemah lembut kerana isteri adalah dari tulang rusuk kiri suami... Bukankah sekiranya kita menyakiti si isteri dengan sendirinya ia menyakiti diri sendiri.... Seorang isteri pilihan Allah bukan mahu harta dunia yang melimpah ruah....Limpahan wang ringgit dan harta dunia hanyalah bonus bagi seorang isteri. Isteri ini sifatnya sentiasa mengharapkan perhatian dan kasih sayang dari suami... bertindaklah dengan dengan tingkah yang tidak menyakitkan, bertuturlah dengan bahasa yang penuh kasih sayang kerana wanita ini ini jiwanya sangat halus dan lembut.... Kadang-kadang tanpa sedar wanita ini sentiasa minta dilindungi dan diberi perhatian juga pujian....
Sentiasa sedar tanpa wanita bergelar isteri , seorang lelaki yang sihat tubuh badan , sihat akal fikiran belum tentu anda akan bergelar seorang ayah....
Wahai sahabat , wahai teman berkasih sayanglah derana Allah.... kerana janji Allah itu pasti....

No comments:

Post a Comment