09 December 2011

KUNJUNGAN HAJI JAMAL DAN HAJAH HALIJAH - ROOM MATE SEMASA DI MEKAH


Sebenarnya semasa majlis kenduri walimatulurus adikku dua minggu yang yang lalu pasangan ini tidak dapat hadir kerana ada beberapa jemputan kenduri yang perlu di hadiri di sekitar rumahnya....

Kebetulan masa terluang minggu ini katanya kak hajah dan abang haji ni meluangkan masa ke rumah emak dan abah....
Borak panjang lah kami .... cuma abang haji ni dok kata tak dapeklah dio nak borak dengan kekanda ku....

Cik abang .... di Pendang Kedah nun.... belajar2 untuk hidupkan amalan sunnah nabi....InsyaAllah kami akan ke rumahnya lagi...







Inilah pasangan yang sentiasa bersama kami di Mekah... terutama Haji Jamal yang selalu culik cik abang ku untuk di bawa meronda semasa di Madinah.....




Sebenarnya bila ambil gambar ni teringat semasa majlis di rumah emak hari itu, ada beberapa sahabat kami di mekah dan Madinag yang datang hari itu.... tapi langsung tak ingat nak posing.... haru sungguh....

Terima kasih kepada Pak Haji Mat dan Mak Hajah Minah, Pak Haji Maaris dan Mak Hajah Jamaliah dan Mak Hjh Mas serta suaminya.....InsyaAllah bila cik abang balik nanti kami akan JEJAK KASIH he he...

No comments:

Post a Comment