14 December 2011

KITA NI TERDIRI DARI 3 RAGAM MANUSIA.....MACAM MANA TU IBU ...?

..................Sebelum N3 ni ditulis ku berbual-bual dengan bujang 2 tentang beberapa orang hamba Allah yang dok lalu lalang di hadapan kami semasa menunggu anak dara 1 balik dari asrama selepas habis SPM...

" Sebenarnya Ud di sekeliling kita ni ada berbagai ragam manusia. Ada 3 ragam sebenarnya.....kita juga ada diantara mereka...". " Macam mana tu ibu...", kata bujang 2.

" Ok lah ibu nak Ud fikirkan betul ke salah apa yang ibu cakap ni...". Bukan fatwa atau sebagainya cuma apa yang ibu nampak sahaja.... dan anggap saja benda ni cakap2 kosong untuk difikirkan tanpa menyinggung atau menyebut siapa orang itu....." " Ok cuba ibu cerita ", katanya...

Ok kumpulan pertama adalah kumpulan nombor 1. Orang nombor 1 ni adalah kumpulan orang hight class , hight taste dan macam2 hight lah.... mereka ni ni biasanya terdiri dari orang senang atau senang kata berada lah. Kumpulan ini pula terdiri dari 2 pecahan... satu adalah walau mereka ini kaya tetapi mereka hidup dengan kesederhanaan ,penuh kesyukuran dan tidak menunjuk2. Mereka penuh dengan kasih sayang, menolong orang dan merendah diri. Yang keduanya ialah mereka menyedari diri mereka adalah kumpulan 1 maka mereka angkuh, bongkak , sombong dan sebagainya tanpa menyedari bahawa manusia dijadikan oleh Allah adalah sama dari setitis air mani....kaya , miskin hanyalah dunia ... tetapi Allah nilaikan kita dengan amalan kita... dosa dan pahala, syurga dan neraka.....



Manakala kumpulan kedua pula adalah mereka dari kumpulan hidup sederhana, kaya tidak, miskin juga tidak.... mereka sentiasa bersyukur dengan Tuhan, berkasih sayang kerana Allah dan besrangka baik dengan sesama makhluk walaupun adakalanya mereka ini juga tidak lepas dari melakukan sebarang kesilapan...Mereka ini hidup dengan tenang kerana mereka tidak pernah merasa diri terancam atau sebagainya....


Kumpulan ketiga pula adalah kumpulan yang mereka ini bukan miskin harta tetapi miskin akhlak sebenarnya. Meraka akan sentiasa menonjolkan diri bahawa mereka ni kaya, berada, bergaya dan sebagainya sedangkan pada hakikatnya mereka sanggup berhabis duit untuk itu tanpa memikirkan kebajikan lain yang perlu difikirkan. Kumpulan ini sentiasa merasakan diri tidak cukup dan terancam dengan kumpulan 2 atau kumpulan 1. Mereka sentiasa takut sekiranya mereka kurang perhatian berbanding kumpulan satu dan dua....

Sebenarnya siapa pun kita , kalau kita sentaiasa bersyukur dengan nikmat Tuhan , InsyaAllah hidup akan tenang.... Biarlah kita miskin harta asalkan kita kaya akhlak..
Kita kan merasa bimbang kita ni kaya atau miskin kerana kita akan sentiasa yakin dengan dengan diri sendiri.

Jadi, akhirnya ku tanya pada anak.... " mana satu ragam yang kita nak kategorikan diri kita...." Tepuk dada tanya hati...

No comments:

Post a Comment