10 December 2011

MEMINTA MAAF UNTUK BERKASIH SAYANG.....


Jika buat salah harus meminta maaf. Tapi kalau tak buat salah , meminta maaf adalah satu senjata untuk melemahkan ego musuh, melembutkan hati mereka , meninggi dan menaikkan darjat keperibadian kita. Orang akan terpegun dan tersentuh.

Tentu sahaja seseorang yang tidak bersalah tetapi dia meminta maaf adalah seseorang yang mempunyai keperibadian terbaik, seorang yang mulia hatinya, seorang yang bukan sebarangan, Ia adalah seorang yang mempunyai akhlak yang mulia, seorang yang lembut dan bertimbang rasa. Seorang yang boleh dipercayai dan boleh dibuat kawan.

Seorang yang meminta maaf walaupun tidak bersalah adalah seorang yang menang. menang dengan hasutan iblis yang sentiasa nak kita bermusuh.
Meminta maaf akan mengembalikan kita kepada hakikat siapa diri kita sebenarnya?
Hanya seorang hamba Allah yang tidak mempunyai apa-apa. Sedangkan Allah memiliki sifat Ar Rahman Ar Rahim yang sentiasa memaaf dan memberi maaf kepada semua hambaNya....

Sikap memaaf dan berlapang dada adalah satu kelebihan Rasulullah SAW yang paling ampuh. kerana sikap ini tersebarnya Islam dengan begitu meluas sehingga sekarang.

Memberi maaf dan meminta maaf adalah adalah satu tindakan kasih sayang. Jika kasih sayang yang diberi InsyaAlah kasih sayang lah yang akan kita dapat. Sukarkah untuk mengucapkan " saya minta maaf, I am sorry "..... sesuatu ungkapan yang mempunyai impak yang sangat besar....



..............Ungkapan Hilman Yong kepada Intan Zulaikha.......
ASST - Melur Jelita.

No comments:

Post a Comment