09 December 2013

DI SEBALIK MESYUARAT MGB DI SK PESERAI ESOK

Kebetulan kami ada kelas tambahan hari ini dan atas permintaan GB untuk menjadikan sebuah bilik darjah bersebelahan Bilik Gerakan untuk dijadikan Bilik Makan ahli MGB yang bermesyuarat esok.

Si Cikgu Dilah ni diamanahkan untuk menyiapkan bilik tersebut. So kami dua ni ( menyibuk ler ) menolongnya. Kesian pulak kawan ni dok buat sorang-sorang kan....

Kawan-kawan kata kami ni tiga makcik yang berkawan baik... yo lah tu...Alhamdulillah memang  depa dua ni ' my bestfrengs ' ler kiranya... sebab umur kami hampir sebaya cuma cik kak yang pakai tudung pink ni kira kak long lah sebab dia tua setahun dari kami hu hu...

Bagi kak meha , maksud kawan baik tu sangat besar ertinya... Mereka lah tempat kita bercerita suka, bercerita  duka, meluahkan rasa marah, mengingatkan akhirat, mengingatkan ibadah dan amalan dan bersaing untuk menambah kebaikan...

Apa pun ' Aku sayang korang berdua " ... semoga kita semua akan dibawah lindungan Allah dan hidup diberkati.





Eton yang pandai bergaya - kawan baru ni... tapi sangat sporting dan ringan tulang..



Terlupa pulak nak snap gambar bila dah siap di hias tadi... apa pun memang berubah wajah lah.Kat mana kami cari kain nak buat skirt dan alas meja juga sarung kerusi biarlah rahsiaaa...

1 comment:

  1. kita makcik2 bersahabat kerana Allah...dan kelak terpisahpun kerana Dia...

    ReplyDelete