19 December 2013

TAWARAN KE SEKOLAH KAWALAN NEGERI JOHOR.

Alhamdulillah....
Selepas UPSR dan sebelum keputusan UPSR keluar bila mengisi borang untuk ke sekolah buat juga permohonan ke SBP dan Sekolah kawalan . UPSR keluar dan keputusannya adalah 4A 1B...( Haiii lah anak ibu memang BI belum pernah ada yang A ). Namun syukur...

Kalau ikut kak Meha nak hantar jer ke SMA ikut macam kakak dan abangnya. Tak mahu katanya. "Ambil lah sekolah RK Agama " kata Kak Meha. " Alah tak nak... ". Dah tak nak , nak buat macam mana... pujuk2 pun tak menjadi.

Dan akhirnya bila keputusan RK dan Sekolah kawalan keluar dapat ke TIGS - Sekolah Kluster. Sekolah Perempuan dan sekolah cemerlang di Batu Pahat. Pun merayu2 tak nak pergi...
Kak Meha kata " kalau tak nak juga , ok ibu hantar ke SMA Pt Raja....". Haaa lagi lah dia tak mahu.
Harap Kak Meha semuanya ok. Apa yang membuat kak Meha senang hati sikit , sekolah ni adalah sekolah perempuan. Si Anak Dara 2 ni dah pandai bergaya, kalau sekolah perempuan ni macam selamat sikit, bukan apa sekolah yang ada lelaki ni faham2 jer lah...( takut kena ngorat anak daranya...ibunya dulu form 2 pun dah ada pak we...Eee ngeri ingat cerita lama )


Apa pun ibu doa yang baik2 untuk anak ibu....

1 comment:

  1. Tahniah zahida...mana2 pun boleh sekolah, janji rajin. Anak lelaki aku tu, leka kalau aku tak de dekat. Kena pujuk duk asrama

    ReplyDelete