03 December 2013

KAYA KAH PENDUDUK MALAYSIA.....ALHAMDULILLAH

Semalam hari Selasa 3 Dis 2013 kak meha ke kedai membeli 2 biji keladi.Jemu rasanya asyik mee goreng, mee hoon goreng, roti canan dan nasi goreng sebagai menu sarapan pagi.

Cari keladi elok rasanya boleh di goreng dan dibuat pengat bersama labu manis. Sungguh kak meha terperanjat 2 biji keladi berharga RM 12.00. MasyaAllah mahal sungguh...tak besar mana pun keladi tu , sekilo adalah lebih kurang berat sebiji keladi tu. Bermakna keladi tu harga sekilo adalah RM6.



 Inilah keladi yang berharga RM 6 sekilo....terfikir kak meha berapa harga keladi ini 5 tahun akan datang sekilo RM 10 ke...( seketul lagi kak meha dah goreng kak bawah tu he he...) lupa nak ambil gambar kedua2nya...)



Kesemua di bawah adalah menu hari ini...sebenarnya tak ramai yang ada dirumah sekarang nihh.. tapi nak cerita spiral spagetti tu ada secotet jer, seawan lah lbih kurang sebelum direbus tadi, manakala tepung juga ada secawan setengah... Benda2 ni kalau tak dimanafaatkan cepat berbubuk ler jawabnya..so masak lah cincai2...spsgetti tu masak masam manis yang sempoi jer, tapi urrrmmm memang sedap...Kodok bilis jadinya dengan tepung baki2 yang lama tu...manakala keladi tu memang baru beli hu hu...










1 comment:

  1. mımm leziz! :) selamlar Türkiye'den

    ReplyDelete