11 December 2013

ALHAMDULILLAH....





Alhamdulillah syukur yang terhingga kepada Mu Ya Allah kerana ujian Mu  dan memulangkan kembali rezeki yang diambil sementara...ada dicerita kan dalam N3 CEMAS 2 minggu lalu ....

Namanya duit walau sama ada sedikit atau banyak sangat bererti pada kak meha. Alhamdulillah bila dapat sms dari Maybank bahawa duit telah dikembalikan syukur sangat...Maklumlah waktu cuti sekolah, tak lama lagi anak-anak nak naik sekolah banyak keperluan yuran dan sebagainya yang nak digunakan..

Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui betapa bersyukurnya kak meha hari ini... Ini lah pengalaman yang kak meha tak lupakan. Sebenarnya ada cerita disebaliknya dan ada hikmahnya juga.

Sebelum gaji keluar ( ya lah kakitangan awamlah katakan ) dalam hati kak meha dah berbisik....nanti bila gaji nak jolilah sikit dengan duit yang ada...nak beli handbag baru dan beberapa helai tudung...
Dan belum sempat duit tu keluar duit tu Allah dah tarik sementara dari dalam akaun bank dan hikmah nya adalah kerana ia dikembalikan sekarang saat hampir anak-anak naik sekolah. So banyak boleh guna dengan duit tu...

Syukur sangat...Tarima Kasih Ya Allah.


No comments:

Post a Comment