14 April 2010

APAKAH SEKOLAH PERTAMA DAN TERTUA...


Sekolah yang pertama di buka di Tanah melayu ialah Kolej St Paul. ia telah dibuka pada 28 Mac 1548, oleh mubaligh kristian iaitu Father Francisco Peres dan Brother Roque de Oliviera atas cadangan St Francis Xavier. Kolej St Paul ditempatkan di Rumah Gabenor Melaka yang ada sekarang.


Sekolah yang pertama didirikan oleh Inggeris pula ialah Penang Free School yang didirikan pada 1816.


Sekolah melayu tertua ialah SK Sultan Idris II , di Kuala Kangsar Perak. SK Sultan Idris II telah ditubuhkan pada tahun 1880 dengan nama Sekolah Melayu Pusat.


Manakala Sekolah orang Asli Pertama telah dibuka pada 13 November 1946 yang terletak di labu Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment