30 April 2010

YEHHH..... HARI NI CUTI......


SELAMAT HARI PEKERJA UNTUK SEMUA PARA PEKERJA DI SELURUH DUNIA.....

DEFINASI PEKERJA ITU TERLALU LUAS, HANYA MEREKA YANG MERASAKAN DIRINYA PEKERJA SAHAJA YANG MEMAHAMI WAIMA
MEREKA ITU HANYA SEORANG
SURI RUMAH YANG
SETIAP HARI BEKERJA
UNTUK AHLI KELUARGANYA.......



YEHHH.... CUTI, SYOK TU.... SANTAI2 DENGAN FAMILY DAN BACA NOVEL.......

29 April 2010

DOA PANJANG




" Doa apa yang kau baca tadi, panjang sangat ?"

Tanya seorang lelaki kepada sahabatnya yang pulang dari Timur Tengah. Sahabatnya itu baru sahaja selesai berdoa dalam satu majlis di apartment mewah mereka.


" Adalah..." jawab sahabatnya pendek.


" Tak sangka kau jadi alim sekarang."


" Mengapa kau kata begitu ."


" Ya lah siapa sangka kau sempat mendalami ilmu agama. Bukankah kau di hantar ke sana untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains?"


" Hisy, cakap tu perlahan-lahan sikit.... nanti pecah rahsia, " kata sahabatnya separuh berbisik. Lelaki itu kehairanan. Apa rahsianya?


" Di sana aku tak mendalami pun bidang agama. Aku fokus study jer...., " katanya.


" Habis tu, doa kau betul-betul panjang tadi. Hebat, macam ulamak ."


" Tu sebenarnya bukan doa...."


" habis tu apa ?"


" Ha ha... Cerita arnab dengan kura-kura dalam Bahasa Arab."


" Hush giler sungguh....."





Pengajaran: Yang jahil hanya dapat menipu yang jahil juga. Ajaran agama yang menjadi ritual semata tanpa kefahaman yang mendalam dan hujah yang kuat amat mudah diselewengkan. berhati-hatilah dengan si jahil yang penipu.....

SYARIAT - MENGUAP ITU PUN ADA 5 HUKUM


SKOP dan ruang lingkup syariat sangat luas merangkumi soal yang besar sehinggalah sekecil-kecilnya. Kita ambil contoh menguap.

Sekalipun perbuatan menguap dilihat kecil, tetap ada lima hukumnya.

*Ada waktunya menguap jadi wajib ( bila terlalu mengantuk dan mesti menguap jika tidak akan menggugat kesihatan )

* Ada waktunya menguap jadi haram jika bertujuan untuk menyindir orang lain.

* Menguap akan menjadi makruh sekiranya mulut ternganga

* Menguap akan jadi harus apabila menguap dalam keadaan berdiri atau duduk.

* Dan menjadi sunat sekiranya menguap dengan menutup mulut dan membaca taawuz....

Kalau lah perkara yang sekecil menguap itu pun ada hukumnya dalam Islam, apatah lagi persoalan yang besar-besar seperti mengatur rumahtangga, ekonomi pakaian, pendidikan, sosial, kebudayaan , politik dan lain-lain lagi.

Subhanallah halusnya Islam.... Allah akan memberi ganjaran dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya...Muhasabahlah diri kita manakah amalan yang kita perlu untuk kita untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat

Subhanallah halusnya agama kita Islam. Allah akan memberi ganjaran walaupun amalan itu

LANGKAH POSITIF MENGGUNAKAN INTERNET.


Alhamdulillah lama juga rasanya tak update Kemilau Mentari ni.... rindu sungguh... Masa memang sentiasa cemburu tambahan pula murid baru lepas ujian formatif....Lega semua kerja dah siap....

Nak kongsi pula tentang langkah positif menggunakan internet. Ya lah cerita yang lepas tentang KETAGIHAN INTERNET.... Itu kita nampak keburukannya yang sedikit tetapi kita harus ingat pula kebaikannya yang terlalu banyak.... Jadi kita perlu mengawasi atau menghadkannya... Senang kata terpulang kepada individu itu, Orang kata tepuk dada tanya selera, tapi saya kata Tepuk Hati Tanya Minda....

LANGKAH POSITIF MENGGUNAKAN INTERNET...


1. Awasi cakera permainan yang dibawa balik atau dibeli oleh anak-anak.
Ambil tahu , dan kalau boleh kita pastikan cakera permainan
berbentuk positif dan ada unsur pembelajaran.

2. Tetapkan jadual Waktu bermain supaya mereka dapat membahagikan masa
bermain dan belajar.Tetapkan peraturan kepada anak-anak ,
penggunaan internet hanya dibenarkan sekiranya ibu dan ayah
berada di rumah.Melalui cara itu kita dapat mengawasi anak-anak dari
terdedah kepada maklumat yang tidak selamat.
Kita sedia ketahui semasa sedang melayari internet,
tiba-tiba akan keluar gambar2 lucah atau iklan2 seks,bagaimana
sekiranya anak-anak yang menghadapi keadaan sedemikian.

3. Hadkan masa penggunaan komputer dan internet supaya tidak
ketagihan. Galakkan mereka menyertai aktiviti di luar
seperti bersukan, bermain dengan kawan-kawan dan sebagainya.


4. Sesekali luangkan masa bermain permainan komputer
dengan anak-anak. Cara ini boleh mengeratkan suasana dan interaksi
dengan mereka, disamping boleh memberi galakan kepada mereka secara positif.

5. Sekiranya anak-anak tidak dapat mematuhi peraturan adalah lebih
baik sekiranya kita mengambil tindaka yang sewajarnya dengan kesesuaian anak2.



Ingatlah , teknologi tidak pernah salah, tetapi yang salah adalah cara penggunaannya. Semuga anak remaja dapat manafaatkan teknologi tersebut dengan sewajarnya disamping tidak melupakan tanggungjawab kepada Allah.

26 April 2010

KETAGIHAN INTERNET !




" Satu rumah, satu komputer ". Begitulah konsep yang diuar-uarkan kerajaaan bagi memajukan setiap individu supaya berteknologi beberapa tahun lalu. Sebagai ibu bapa tentunya kita tidak mahu ketinggalan menikmati teknologi tersebut.

Maka, ramai di kalangan ibu bapa menggalakkan anak-anak seawal usia lima tahun belajar menggunakan internet.... Tambahan pula teknologi broadband ramai menggunakanya. Orang kata " boleh dapat line " di mana-mana. semuanya di hujung jari....

Namun kita perlu membuka mata, apakah teknologi tersebut dimanafaatkan sepenuhnya oleh anak-anak kita...? Atau menyebabkan anak-anak kita semakin tersasar dari tujuan asal iaitu memperkayakan diri dengan ilmu dan kematangan.

Berbalik dengan ketaguhan tadi yang bermaksud " keinginan kepada sesuautu yang tidak dapat di tahan" . Jika keinginan tersebut tidak tertunai maka akan membawa kepada hilang pertimbangan diri.

Cuba kita bayangkan kesan ketagihan dadah membawa padah, begitu juga dengan ketagihan komputer juga internet ini. Di antara kesan pengaruh komputer dan internet internet adalah seperti berikut :

HILANG FOKUS TERHADAP PELAJARAN:

Ramai anak remaja tercicir dalam pelajaran kerana tidak memberi tumpuan pada pelajaran. Mereka menganggap kerja sekolah dan belajar sesuatu yang membosankan. Mereka sanggup berjam-jam bermain game atau mengadap facebook daripada membuat ulangkaji.Mereka ini sebenarnya ketagih tanpa sedar. Perkara ini dapat dielak sekiranya ibu bapa mengawal mereka.

MENIRU TINDAK TANDUK KASAR ATAU GANAS :

Kebanyakan game yang dijual dalam bentuk cakera padat adalah ganas dan kejam. Sifat anak-anak pula mereka ini mudah dipengaruhi oleh sesuatu yang mencabar. justeru itu ketagihan kompuetr dan internet akan membawa kesan negatif kepada anak-anak. Kajian pakar psikologi mendapati pengaruh keganasan mudah di dapati dari TV, video, playstation dan internet.

ANAK-ANAK TERDEDAH KEPADA UNSUR-UNSUR NEGATIF DAN "HILANG MARUAH DIRI ".

Ramai anak remaja mempunyai kenalan menerusi internet. Kejadian terburuk terkini di mana-mana gambar anak-anak Melayu terpampang dalam keadaan bogel atau terlibat dengan permainan lucah. Ada juga yang terpedaya dengan janji temu dengan kenalan yang yang tidak dikenali. Ada antaranya mengikut teman lelaki dan yang lebih dasyat sanggup menyerahkan maruah diri kepada lelaki yang tidak dikenali.

21 April 2010

PERANAN OTAK KIRI DAN OTAK KANAN



Menurut ahli psikologi terkemuka , Albert Einstien , otak manusia terdiri dari otak kiri dan otak kanan. Otak kanan dan otak kiri memainkan peranan seperti berikut:

Otak Kiri:

* Berfikir dan mentafsir secara turutan satu persatu

* Menganalisi secara terperinci

* Berfikir secara (pengelolaan )

* Menguasai Matematik

* Menggunakan logik

* Memahami bahasa

* Memahami lisan

* Peka kepada fakta

* Berfikir menggunakan perkataan

* Mengingat lirik lagu

* Perlukan rasional

Otak Kanan:

* Berfikir secara keseluruhan dan serentak ( holistik )

* Mencari ilham ( instuisi )

* Berfikir secara kreatif

* Berkaitan seni

* Menggunakan imiginasi

* Bersifat subjektif

* Ritma ( rentak dan intonasi )

* Memahami tanpa lisan

* Perasaan ( emosi )

* Berfikir menggunakan gambaran

* Menghayati irama lagu

* Ada visi

KULIT PISANG



Seorang lelaki separuh umur kelihatan sedang tertawa seorang diri sambil memandang kulit pisang yang terbuang di tengah jalan.
begitulah kelakuannya berulang kali.....

Perbuatannya diperhatikan oleh seorang remaja dari jauh. Untuk mengetahui kisah sebenarnya remaja tersebut bertanya " Pak cik, kenapa pak cik ketawa ?"

" Pak cik gelihati melihat kuli pisang tu nak...".

" Apa yang lucu tentang kulit pisang itu pak cik "?

" Begini, sejak tadi pakcik perhatikan sudah lima orang jatuh tergelincir kerana terpijakkan kulit pisang itu. Tapi tiada seorang pun yang mengambilnya dan membuangkannya ke tepi, agar orang lain tidak tergelincir lagi ".

Remaja itu turut sama-sama ketawa. Namun tidak lama kemudian dia bangun dan mengutip dan membuangnya dari tengah jalan....

" Eh , nak kenapa kamu buang...".

" Saya tidak mahu terus ketawa melihat orang lain jatuh"! jawab remaja itu...Pak cik itu termenung dan ketawanya hilang...

***** Maaf teman, itu lah yang sering berlaku masa kini, gembira melihat keaiban orang lain....******

Takut lah dengan hukuman Allah... Alalh bukan sahaja menghukum hambanya di akhirat nanti, tapi selalunya Allah sudah beri peringatan tentang kesalahan makhluk....

20 April 2010

HARI YANG MENYEDIHKAN.... FRUST DAN MACAM2....

Hari ini memang Allah uji ku dengan berbagai2.... Dua hari kalut dgn fail....Dari awal pagi memang dah tak de mood.... uhh... KENAPA?...

Agaknya Allah beri peringatan supaya jangan cuai.... dan suruh muhasabah diri cari apa kesilapan yang telah dilakukan...

Semalam my fren nak pinjam pen drive untuk tujuan hari ni...Graf peratus UPSR...Nak jadi cerita tu , pendrive pertama yang terdapat dokumen Takwim Sekolah, habis tak boleh di baca... Subhanallah...pening Ku.... beri lah pulak pendrive yang kedua, yang terdapat semua dokumen sekolah dan dokumen peribadi....

Memang Allah berkuasa, makhluk tak berkuasa ,sama seperti pendrive tadi tak boleh baca juga...Memang ujian.... Selepas semua selesai urusan bersama pegawai JPN minta tolong dengan Masrianis yang pakar tentang ICT ni..... Sedih ! maklumat tak dapat diselamatkan, hilang semua maklumat dalam kedua2 USB tu...

My fren...tak pe jangan rasa bersalah... Ku walau sedih tapi reda.... Itu semua kerja Allah....


Ini adalah USB yang dimaksudkan.... yang pink tu, isinya macam sebuah PC, penuh dan padat..... manakala yang hitam putih tu dokumen Takwim Sekolah...



Bila petang pulak prgi ke bandar nak berbelanja lah konon.....cari punya cari kad bank pulak hilang entah ke mana.... memang penuh ujian lah kiranya....puas cari di dalam handbag dan tempat yang sesuai.... penat ! tak jumpa.... so nak menyelesaikan masalah, telefon HQ bank untuk sekat sementara kad tersebut....



Sabo je lah.... Istigfar lah banyak2 dan bacalah doa di waktu kesedihan....

KALUT...KALUT... GAMBAR2 PEMANTAUAN PEGAWAI DARI JPN.

Dua hari ni semua cikgu2 kalut habis... ya lah hari Jumaat dapat berita ada 5 orang pegawai dari JPN nak datang memantau.... Biasalah, selepas bahagian pentadbiran maka Ketua Panitia lah sasarannya....

Baik sebahagian kerja Ku dah selesai, cuma Analisa Peperiksaan Formatif 1 sahaja yang tak dapat disiapkan kerana markah tak dapat semua dari guru-guru mate.

Pagi2 lagi semua Ketua Panitia, SU Peperiksaan , Pentadbiran , bahagian ICT dan semua yang terlibat dah menghantar fail dan segala dokumentasi.... Meriah gitu Bilik Gerakan hari ni...

Orang yang paling sibuk sejak beberapa hari lalu tentu le Pn Kalthom....( Tahniah Kak Com akak memang hebat.... )


Sebahagian fail2 yang dihantar....
Kiranya para pegawai tu datang sehari lah... lebih kurang pukul 8.30 hingga 12.30.... Baik hari murid-murid sedang menjalani Ujian Formatif 2.... Uuh selamat...Tapi apa yang disampaikan oleh Pn Kalthom mereka tiada lah komen yang teruk...Harap semuanya baik-baik belaka lah... Yalah guru kini bukan sahaja mengajar tugas nya, tapi kerja2 dokumentasi pun tak kurang hebatnya

Gambar2 di bawah telah di ambil oleh Pn Masrianis dengan kamera Ku...Pn Masrianis pun banyak membantu bab2 ICT ni...

Para pegawai pemantau....

Setelah 20 tahun Ku di SKP ni.... berbagai kenangan perkhidmatan yang Ku dapati... Inilah sekolah Ku, tempat Ku mencari rezeki...







19 April 2010

MANUSIA SERING MENOLAK HIDAYAH, BAGAIMANA ?


Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Itulah manusia.
Ada manusia yang sungguh-sungguh berdoa meminta agar diberikan hidayah. Namun ada manusia yang menolak hidayah dan langsung tidak berusaha untuk menggapainya.
Bagaimana dikatakan menolak hidayah ?

Menurut Muhammad al-Mu'afa, terdapat beberapa perbuatan yang boleh di anggap menolak hidayah iaitu :

* Berpaling dari hukum Allah sbt
* Mengelak daripada melakukan ketaatan kepada Allah sbt
* Berpaling daripada tanda-tanda KeKuasaan-Nya serta KeEsaan-Nya
* Mengelak daripada membelanjakan wang di jalan Allah.
* Tidak suka berzikir menyebut nama Allah....( jagalah zikir 300 pagi dan 300 petang)
* Lalai daripada mengingati akhirat
* Tidak membaca Al Quran dan merenungi isikandungannya
apatah lagi beramal dengan ajarannya.
* Tidak bersyukur dengan nikmat dan sebarang kurniaan yang telah diberikan allah kepadanya.
* Terlalu mengikut hawa nafsu
* Mudah terpesona dengan godaan syaitan dan tipu dayanya.
* Memekakkan telinga daripada mendengar peringatan-peringatanNya.

APA HUKUM BERPALING DARI HIDAYAH?
menurut Ibnu Hajar al-Hathimi dalam bukunya , Al Zawajir'an Iqtiraf al-kabair,


MENOLAK HIDAYAH MERUPAKAN DOSA BESAR,
LEBIH BESAR DARIPADA MENCURI, BERZINA
DAN LAIN-LAIN KERANA MEMPUNYAI
KESAN YANG SANGAT BURUK TERHADAP PELAKUNYA.

18 April 2010

KURSUS HAJI... PRAKTIKAL TAWAF DAN SAIE


Mendengar taklimat dari ustaz dan tn hj haris di hadapan model kaabah

my hubby


Besan bergambar....... Bersama emak dan nenek kiah.....

Hujung minggu Ku memang penuh sejak menghadiri kursus haji yang diadakan pada setiap pagi Ahad.
Tambahan pula sekiranya hari Sabtu adalah hari bekerja atau berkursus.... bekerja 7 hari seminggu lah lagaknya...

Hujung minggu lebih penat berbanding hari-hari biasa. Petang Ahad menghantar anak ke asrama...

Hari ni kursus haji dipenuhi dengan latihan praktikal tawaf dan saie. Banyak ilmu yang diperolehi... ya lah bagi kami berdua yang belum berpengalaman menunaikan haji ni, banyak masail yang kami kongsi bersama ustaz dan rakan...Ustaz dah pesan awal lagi minggu lepas supaya para bapa bersedia dengan kain ihram... tp apa yang Ku nampak lebih kurang 40 % sahaja yang bekerja sama....

Tn Hj Harris b. Tawil pengarah Tabung Haji Batu Pahat hadir hari ini.....

HIKMAH SUJUD

Sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara seseoarang hamba dengan Allah sbt. Allah sbt berfirman dalam surah Al Hajj ayat 77 yang bermaksud , " Hai orang yang beriman, rukuk dan sujudlah....." Sujud tidak dinafaikan mempunyai beberapa manafaat dari segi perubatan, antanya...

1. Melegakan sistem pernafasan
2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya

Bernafas ketika sujud akan :
* Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
* Membetulkan bahagian peranakan yang jatuh ( prolapsed uterus )
* Melegakan sakit hernia
* Mengurangkan sakit senggugut bagi wanita yang datang haid.
* Mellegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan
* Mengurangkan kesakitan kepada pesakit appendiks atau limfa
* Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan
mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh
* Meringankan bahagian Pelviks
* Bagi wanita, gerakan otot itu buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk
menyusukan bayi dan terhindar dari penyakit buah dada
* Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba otak menerima pengepaman darah secara mengejut dan kuat.

KESAN SUJUD PADA JIWA


" SUJUD SESEORANG KEPADA ALLAH MENGHAKIS SIFAT SOMBONG, TAKABBUR DAN BONGKAK "

Pernahkah kita melihat seseorang sujud terlalu lama ?Jauh dalam fikiran , mungkin ada berfikir bahawa sujud lama akan menyebabkan seseorang penind kepala. Namun , syariat Islam pasti ada matlamat mengapa disyariatkan ibadah sujud.....

Ketahuilah bahawa sujud adalah gerakan terbaik dalam solat. Cuba kita bayangkan wajah manusia yang berbagai darjat dan keturunan tiba-tiba direbahkan ke atas lantai setaraf dengan tempat kaki memijak.... Bayangkan ia merupakan sifat ubudiyyah yang tinggi di hadapan Allah...


Di dalam Islam ada beberapa jenis sujud. Ada sujud dalam solat, ada sujud syukur dan sujud tilawah...mengapa Allah sbt mensyariatkan sujud... Ia adalah sebagai tanda ibadat kepada Allah.


KELEBIHAN SUJUD

1. Sujud Memberi Ketenangan Jiwa


Kita sebagai manusia tidak terlepas dari ujian hidup. Orang mukmin berhajat kepada satu ketenangan jiwa dalam menghadapai ujian yang sering mendatang dalam hidup mereka.Kekuatan jiwa ini terkandung dalam gerakan sujud kita kepada Allah sbt. Hanya mereka yang menghayti hakukat sujud dapat memahami maksud ketengan jiwa.

2. Sujud Penghapus Sunyi

Sujud dapat menghapuskan rasa keseorangan dalam diri. Nabi saw bersabda " sedekat-dekat hamba dengan TuhanNya adalah ketika ia bersujud", maka perbanyakkan lah doa semasa bersujud".( riwayat Muslim )

3. Sujud Sebagai Tanda Syukur.

Dan apabila Baginda Rasulullah saw di datangi berita baik dan gembira, baginda akan sujud Syukur kepada Allah sbt.(riwayat Abu Daud)

Jelas menunjukkan Sujud sangat disanjung tinggi dalam Islam. perbuatan itu mempunyai kedudukan yang mulia kerana mempunyai maqassid yang murni dalam pensyariatannya.


Maka ayuhlah kita , sama ada sihat atau sakit, tua atau muda, miskin atau kaya, sujudlah kepada Allah sbt kerana tentu ada ketenangan yang menanti...

17 April 2010

KURSUS KECEMERLANGAN TUNAS TERBILANG UPSR 2010

Program di kendali oleh En izuddin and the geng..

Penutupan Rasmi oleh Datuk N


Datuk N, joint sama... Tahniah datuk you memang hebat




Waktu kudapan, sempat posing...sekarang macam nothing special,.... tp 10 atau 20 th lg...ia adalah kenangan..


Kursus tersebut telah di jalankan di Kolej Perguruan Tun Hussien Onn , Batu Pahat,
pada 17 April 2010.

Majlis perasmian telah dilakukan oleh En Mohsin Ibrahim ( Timb. PPD ).

Manakala perasmian Penutup telah dilaksanakan oleh Dato Noraini bt Ahmad,
Ahli Perlimen kawasan Pt Sulong.

Program ini turut dihadiri oleh Raja Mazlan b. Raja Shahdan, Penolong Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Sekolah Harian
Secara amnya kursus ini bertujuan untuk memotivasikan guru-guru yang terlibat dengan subjek UPSR seterusnya menjalankan Program SST....

Apa SST.... SST adalah Smart Study Training....
Ia adalah program menjawab soalan2 tahun lepas secara berulang dengan bimbingan.
Teknik ini sebenarnya telah lama ku jalankan pada murid yang ku ajar, memang ada hasilnya...
tapi ya lah bagi kami yang muridnya ramai memang ujian besar bagi kami.... tambahan pula sukatan tahun 6 belum sepenuhnya habis....

15 April 2010

ILMU LEBIH BAIK DARI HARTA...


* Ilmu diwariskan oleh para Nabi dan harta diwariskan oleh Qarun dan Firaun.


* ilmu akan bertambah apabila digunakan, manakala harta kekayaan akan makin berkurangan apabila dibelanjakan, kecuali harta yang dimanafaatkan pada jalan Allah.



* Ilmu akan melindungi pemiliknya manakala harta perlukan perlindungan pemiliknya.



* Ilmu dan harta dimiliki oleh orang yang beriman dan orang yang tidak beriman, manakala ilmu yang membawa kenal dan takut hanya Allah dimiliki oleh orang yang beriman.


* Ilmu dan amal akan membantu pemiliknya meniti Titian Sirat


* Manusia sentiasa memerlukan alim ulamak yang boleh menunjukkan jalan yang lurus, manakala orang kaya tidak selalunya diperlukan oleh masyarakat.


* Ilmu yang dimanafaatkan ( amal jariah ) dapat menemani hingga ke liang lahad, harta pula akan segera berpisah dari si empunya setelah roh terpisah dari badan.


* Dari Abu Umamah (r.anhu) meriwayatkan bahawa baginda rasulullah saw bersabda: " Barangsiapa pergi ke masjid untuk mempelajari ilmu dan kebaikan atau mengajarkan orang lain akan mendapat ganjaran Haji yang sempurna. ( Hadith riwayat Tabarani )



* Dari Abu Darda' ( r .anhu) meriwayatkan" aku mendengar Rasulullah saw bersabda: " Barangsiapa melangkahkan kakinya ke suatu perjalanan untuk menntutu ilmu, Allah sbt akan menunjukkan baginya satu jalan dari jalan-jalan menuju ke Syurga. Para malaikat akan membentangkan sayap2nya kerana suka ke atas seseorang yang menuntut ilmu.
".

LATIHAN KEBAKARAN PERINGKAT SEKOLAH...

Alhamdulillah latihan kebakaran yang dirancang oleh Jawatankuasa HEM telah selamat dijalankan. Sebuah van bomba dan sebuah enjin bomba dengan beberapa pegawainya telah datang ke sekolah...




Latihan di mulakan dengan membunyikan loceng yang panjang. Semua murid bergegas turun ke bawah.... Dari pengamatanku latihan hari ini agak kurang tersusun berbanding tahun-tahun sebelumnya.





Ku sempat posing....Weh Safa kor buat apa penat ek......lindung panas yaaa...

Beberapa tunjuk cara telah di pertunjukka kepada murid-murid. Sebuah taklimat ringkas dan latihan memadam kebakaran telah dilakukan.


Pegawai mengusung mangsa....Memadamkan api menggunakan air... Cikgu Ungku and anak buahnya...

Apa yang menyedihkan ada guru yang tidak turun untuk turut serta menyebabkan pegawai bomba memberi komen....


Dalam panas terik dan panas api pun sempat posing mak-mak dara ni...



Weh, anak murid dah hilang.... cikgu dok posing jer.... he he



Steady Cikgu Zai... kenapa tunduk jer...

Muhasabah diri: Apa pun yang dijalankan oleh pihak sekolah, guru adalah pelaksana utama.... berilah contoh terbaik...Murid melihat dan membuat gambaran....

14 April 2010

MELAZIMKAN BERSIWAK ATAU BERSUGI






Nabi saw amat suka bersiwak atau bersugi. Umatnya juga digalakkan bersiwak atau bersugi terutama ketika hendak solat.

Sabda rasulullah saw " Empat perkara daripada sunah-sunah para Rasul ialah : Pemalu, memakai minyak wangi, berkahwin dan siwak" ( Riwayat Ahmad Al - Tarmizi dan Al Baihaqi)

SabdaNya yang bermaksud, " Kalau tidak memberatkan kepada umatku, tentu aku fardukan atas mereka bersugi pada setiap kali hendak bersolat sebagaimana aku ferdukan ke atas mereka berwuduk" ( Riwayat Al Hakim daripada Al Abas)

Jumhur ulama' telah bersepakat mengatakan bahawa bersiwak adalahsunat muakad pada keadaan berikut;


* Ketika melakuka ibadah, seperti bersolat, membaca Al Quran, berzikir, hendak masuk ke Kaabah dan seumpamanya.

* Ketika berubah bau mulut seperti bangun dari ridur,ketika perut lapar atau dahaga dan ketika pulang dari perjalanan.

* Ketika hendak berinteraksi atau berhubungan dengan orang lain seperti suami isteri hendak berjimak atau ketika hendak keluar rumah.


* Ketika orang itu rasa hendak mati.

KUNANG-KUNANG




* Kunang-kunang atau dikenali juga dengan nama kelip-kelip adalah sejenis serangga dalam spesies kumbang.


* Kunang-kunang memiliki organ dalam tubuh yang memancarkan cahaya. organ brcahaya ini berfungsi seperti lampu kereta, merupakan amaran untuk menakutkan musuhnya... Disamping itu cahaya ini adalah digunakan untuk menarik perhatian pasangannya.


* Cahaya kunang-kunang adalah cahaya yang ejuk tidak mengeluarkan haba.


* Terdapat berbagai warna cahaya kunan-kunang seperti hijau, kebirua, kemerahan dan kuning.


* Anak kunang-kunang ynag masih larva juga mengeluarkan cahaya. cahaya pada larva memberi peringatan supaya haiwan lain tidak mendekati mereka.


* Kunang-kunang yang keluar pada waktu siang tidak mengeluarkan cahaya.


* Jika kita melihat kunang2 yang sedang terbang itu adalah kunang2 jantan kerana hanya kunang2 jantan yang mempunyai sayap manakala kunang2 betina hanya melekat pada daun atau pokok.