23 December 2011

TIDAK PERNAH SEGERAM INI......GRRRR....

Hari ini ke sekolah , membantu apa yang patut bersama teman suka dan duka , nahi ....

Selesai urusan di sekolah berjanji dengan nahi untuk shopping hadiah atau cenderahati sempena mesyuarat awal tahun dan jamuan akhir tahun....

Jam 11.30 sampai di Carefourre.....cari punya cari entah apa yang dicari....bukan suka sangat pun ke C4 tu tapi memandangkan boleh cari barang dalam satu tempat tuju jer lah ke situ...Duit bukan banyak mana pun, lebih kurang RM 300 jer nak shopping tu...

Beberapa barang di perolehi.... ya lah yang cari ni orang tua macam kami ni... so pilih barang ikutlah orang tua punya taste... tak de hamper2 atau senang kata " jajan" yang tak berkhasiat dan merosakkan daya fikir orang Islam tu lah....

Dalam pada tu , berkatalah dengan dengan my friend nahi ni...." Nahi kita beli barang besar2 belaka... tak de makanan langsung erkk...". " Ya lah beli lah sesuatu yang berupa makanan ", katanya. Cari lah kami... dah dalam hati tak mahu " jajan " ,so belilah 3 tin biskut Jacob yang sedang offer tu dan 2 kartun soya drinho.... Sebenarnya 1 kartun untuk ku beri pada anak-anak....Satu kartun tu ada 4 pack....So satu kartun lagi untuk dibuat hamper....

Ok cukuplah lah untuk hari ini, kita cari di tempat lain pulak...
Sampai di kaunter bermula lah episod geram ku.... mana tak geram , cashier tu muda lagi...lepasan SPM agaknya, remaja lelaki . Dalam pada buat kerja tu... sempat berborak dengan cashier yang lain.....uhhh geram.... sudahnya silap scan barkod barang yang di beli...tengok dia lain macam jer. So tanya lah , " kenapa dik"..." silap lah kak"..., tak pe nanti saya betulkan....Dalam hati berkata, banyak lah kor punya silap erkkk , kerja tak serius ...
Malas nak fikir...siap urusan keluar dari kaunter ku dan nahi semaklah resit tadi... sah memang silap... banyak lah beza hingga 11.30 gitu... So minta cashier tu semak. Dia kata "akak ke information caunter, akak minta dia selesaikan..." . Ke IC dan cerita lah masalah tadi... so depa dok settle... tapi hati masih geram kerana di situ juga "berkerenah-kerenah " depa ni...
"Berkeranah-kerenah" apa punya bahasa ni.... entah.... bahasa orang marah kot....he he , berkata dengan nahi... " macam2 hal lah kita hari ni... nak murah dan berkualiti punya hal jadi lambat dan geram.....".


Ok selesai cerita di atas....sampai luar C4 hari hujan... so nahi ambil kereta dan ku tunggu di depan pintu utama.... Pandang kiri kanan dan tengok jam.... aikk dah pukul 1.15 p.m.... dalam hati lamanya aku shopping hari ini....yang menambah geram ni adalah ramai adik2, abang2, dan bapa2 yang juga turut shopping.... Sah depa tak pergi sembahyang Jumaat ni....Tak tahu malu sungguh , tak takut hukum Tuhan, tak hormat waktu....dalam hati berkata ...


Nahi sampai...lupa sementara cerita sembahyang Jumaat... punggah barang masuk dalam kereta ... " Jom kita makan dulu, perut ku sudah "ngelih" ni.... " . " Ok jer " ....Makan lah kami dengan borak-borak nak tunggu 2.30 nak ke PPD pula ... nak serah wang sumbangan Al Abrar.....Kat mana makan.... Ohhhh di Kedai Kegemaran Ku.... tapi biarlah rahsia....So nampak lah owner kedai tu dok sapu sampah dan kalut turut sama membantu.... ya lah masa rehat lah katakan, ramai lah pengunjungnya....Bukan kedai biasa tau... restoran besar yang buka 24 jam....So kami cerita lah bahawa owner ni dulu engineer manakala isterinya pula doktor ... sekarang bisnes restoran...ha ha dalam pada tu kami do kata... ya lah orang educated ni kan memang pandai manage bisnes or apa ajer...ya lah tu...

" Ehhh dah pukul berapa ni..."kata nahi. " Entah ler,...jam ni halus... tak nampak jarum.... mata sejak asyik baca novel online ni dah semakin rabun rasanya" kata ku.
Uhhhh dah 2.09 minit....tu diooo ehhh .... baru teringat , hai lelaki2 yang ada di restoran ini.... iaitu lelaki yang sedang makan , pekerja yang sedang bekerja dan especially sekali owner kedai yang kami puji tadi.... sahhh tak solat Jumaat..... Manage apa macam tu... manage dunia adalah , tak ingat akhirat .hampehhhh sungguh.... Grrrr ...

Ku pandang Nahi, Nahi pula pandang Ku.... tadi kat C4 dok geram orang tak pergi solat Jumaat... tiba-tiba tanpa sedar kami berdua makan di restoran yang owner nya tak solat Jumaat.... cuba bayangkan.....Istighfar2..... ni memang geram habis ni... macam nak luahkan apa yang telah di makan.... terus ke kaunter , bayar dan Grrrrrrrrr.....


Terus pergi ke Kedai Serbaneka One Stop Superstore... nak beli barang lagi lah kononya...sampai d situ .... cari punya cari adalah juga yang dibeli.... barangnya rendah kualiti tapi tak pe beli lah juga sejenis dua "tipuware" bukan tupperware....dan gas stove untuk staf sekolah yang nak berumahtangga....
Cerita di kaunter.... punyalah lambat cashier tu dok buat kerja.... kita tengok pun macam nak tolong dia key in barkod dan buka kan plastik...." So Ku yang masih tak de mood n Grrrr ni pun kata lah " miss , you boleh cepat sikit tak... lambatnya I tunggu you...." . Dia senyum saja....
Beg plastik tak cukup besar... tukar beg lah pulak... tanya berulang kali tentang bayaran beberapa barang yang minta di asingkan resit kerana ada sebahagiannya barang sendiri....
Di belakang ku nahi...." aduihhh lambatlah minah ni...." ku kata... amoi tu senyum n tunjuk tangan dia.... sakit tangan katanya tak boleh cepat.... hu hu sakit tangan rupanya.... moi moi....
Di belakang nahi ada seorang lelaki yang sedang2 umurnya , mungkin awal 50 an... Putih orangnya, bersih dan kemas juga.....Selesai urusan ku , nahi pula bayar barang dia dan baru lah gas stove tu tadi....lelaki tu nak bayar barang dia tapi amoi tu dok tegur dalam bahasa cina supaya tunggu selepas uruskan dapur gas tu... selesai urusan pembayaran dapur tu, aku masih disitu sambil memasukkan duit ke dalam beg dompet dan mengambil barang yang dibeli.... so terdengarlah si amoi tu bercakap Cina dengan lelaki tadi....lelaki tu diam saja... buat muka poyo.... dia cakap lagi... habisnya apa yang ku dengar... "melayu, melayu, melayulah....", katanya.....ha ha ha... memang lawaklah amoi ni...amoi, amoi....
Dia sangka lelaki tu cina... apa lagi gelak lah aku... tapi jaga lah juga supaya tak terkuat sangat.... menahan gelak lah gitu gaya nya.... Aku dapatkan nahi di kereta, sambil menahan gelak.... Sampai di kereta , hahhh apa lagi ku hamburkan gelak sekuatnya sampai terkeluar air mata....." Aduihhh Nahi nak terkencing aku dibuatnya menahan gelak kan amoi ni....". Dalam pada tu istighfar beberapa kali minta ampun dengan Allah kerana gelakkan orang...
Yang lelaki tu pun satu.... tau tak apa yang dibelinya....Lampu kelip2 yang berbintang2 yang selalu orang dok gantung kat rumah atau pokok krismas tu....mana tak amoi tu dok cakap cina dengan dia....

Terus ke PPD serahkan wang Sumbangan Al -Abrar RM 228 kepada pegawai bertugas di kaunter.... sampai di situ ku cuak juga... namun ku serahkan juga bersama buku serahan untuk ditandatangani... yang ini tak boleh walau sakit untuk disimpan kerana ia hal peribadi seseorang yang tersangat peribadi dan boleh mengaibkan...namun hingga malam ini ku gusar masih memikirkannya.... tunggu hubby balik dan cerita padanya....

Ok panjang dah N3... gambar tak sempat nak upload ... lain kali InsyaAllah...

4 comments:

  1. macam novel cerita ni...kalau drama tv byk episodnya...apa yg pasti,moral of the storIES memang byk yg boleh dijadikan pengajaran..ye tak? dan hari ni rasa puas sebab semua kawan2 yg hadir mesyuarat dapat sesuatu utk dibawa pulang..walaupun nilai material tak seberapa tapi keikhlasan memberi dan redha menerima pasti mendapat ganjaran dari YANG MAHA KAYA...insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. panjang cerita ni..macam novel ada byk bab...kalau cerita drama ada byk episod gitu...apapun yg berlaku memberi byk pengajaran utk kita muhasabah diri...dan hari ini rasa puas bila semua kwn2 pulang tanpa tgn kosong...walaupun nilai material tak seberapa, tapi keikhlasan memberi dan redha menerima pasti mndpt ganjaran dr YANG MAHA KAYA...insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Ha ha.... thanxxx jengok blog.... betul syukur semua berjalan lancar n sangat setuju .... terima kasih kepada yang ikhlas memberi dan yang redha menerima walau tidak sebesar jongkong emas keranaia pasti mendapat ganjaran dari yang Maha Esa....

    ReplyDelete
  4. haha...ingt komen x masuk sb tu dua kali buat..

    ReplyDelete